Monday 18 April 2016

Thursday 14 April 2016

Sejarah tercipta


Anis Syazana telah berjaya mendapat pingat emas negeri
mencipta rekod kejohanan MSS dan namaya akan terpahat dlm buku kejohanan tahun dpn

rekod lama 128
rekod baru 129
Johan 4X100
Johan 4X200
Olahragawati bawah 11 tahun


Program 'Geng Upsr' murid thn 6 bersama Astro..


Friday 1 April 2016

TAHNIAH TEAM BICARA BERIRAMA

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Hulu Selangor 2016 telah diadakan di SK Antara Gapi pada 31 Mac 2016.  Pertandingan yang melibatkan 8 buah sekolah ini adalah merupakan pertandingan buat kali pertama sekolah ini. 




Pertandingan kali ini agak mencabar kerana latihan terpaksa berebut dengan pasukan hoki sekolah serta kumpulan Amal Islami SRA.  Latihan yang terpaksa dilakukan setengah jam pada setiap petang akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan.  Pasukan Bicara Berirama SKTBR1 telah muncul sebagai Naib Johan Daerah dan Konduktor Terbaik Daerah Hulu Selangor.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada 30 orang pembicara yang begitu komited untuk menghafal dan mencipta gerakan pada saat-saat akhir.  Terima kasih jua kepada Pn. Fadzilah binti Yusof (Pengurus Pasukan), En. Mohd. Hasren bin Damiri (jurulatih dan penulis skrip), En. Zamhariz bin Din (jurulatih gerakan) serta guru-guru pengiring (En. Mohd. Hezry, Pn. Zaitun dan Pn. Nora).

Semoga tahun hadapan, pasukan Bicara Berirama sekolah akan memperoleh johan daerah pula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...