DAPATKAN ID VLE DISINI

INFO SEKOLAH

2.2       Lencana Sekolah
                   
Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya(1) dengan mottonya BERILMU, BERDISIPLIN, BERKETERAMPILAN telah dicipta oleh Puan Rosmanizah bt Abdul Rashid, merupakan seorang pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB). Beliau berasal dari Negeri Kedah Darul Aman, pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang.
MAKSUD LAMBANG PADA LENCANA .
Bunga Raya :
*          Mewakili nama tempat sekolah ini dibina iaitu di Taman Bunga Raya dan
ianya juga adalah bunga kebanggaan rakyat Malaysia (Bunga Kebangsaan Negara kita )
*          Lima kelopak bunga raya adalah mewakili Rukun Negara kita.

3 Bulatan :
*          Adalah lambang guru, murid serta ibu bapa yang bersatu dalam menaikkan
            martabat sekolah ini berdasarkan visi dan misi sekolah.
*          Al-Quran : Melambangkan segala tindak-tanduk yang dilakukan tidak
 bercanggah dengan ajaran agama.
Warna Merah dan Kuning : *          Melambangkan warna bendera Negeri Selangor

Warna Biru : *          Melambangkan perpaduan semua warga sekolah

Bentuk Lencana :*          Bentuk lencana yang meruncing ke atas adalah melambangkan usaha semua
warga sekolah dalam mencapai matlamat menuju kejayaan berdasarkan visi dan misi sekolah.
Moto : *          Moto yang ada di dalam lencana Sekolah iaitu ‘ Berilmu, Berdisiplin,
Berketerampilan’. Bermaksud warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan disiplin yang baik akan mampu menjadi insan yang mempunyai akhlak yang terpuji serta boleh menjadi pemimpin di dalam keluarga dan masyarakat .


2.3       Bendera Sekolah



Bendera Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya ( 1 ) telah direkacipta oleh Guru Besar sendiri iaitu En Hasim bin Saleh pada tahun 2005. Semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2003 tidak ada bendera sekolah yang menjadi kebanggaan bagi sekolah ini, oleh itu beliau merasakan sekolah perlu ada Bendera Sekolah. Di antara maksud yang terkandung di dalam bendera sekolah iaitu:


Warna Biru :
Merupakan lambang perpaduan di kalangan warga sekolah.

Lencana Sekolah :
Di letakkan ditengah-tengah bendera , melambangkan murid-murid dan seluruh warga sekolah mendukung simbol sekolah dalam usaha mengangkat martabat sekolah ini.




2.4       Lagu Sekolah


Sejarah Ringkas Lagu Sekolah


            Lagu Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya ( 1 ), iaitu ‘SKTBR DIHATIKU’ telah digubah oleh En Zulfadzli B Ismail ( Guru Muzik ) manakala liriknya pula telah dicipta oleh En Hasren B Damiri ( Sekarang Penyelia KBSR PPDHS ).

            Kedua-duanya merupakan bekas guru di sekolah ini yang telah berkhidmat di tempat lain. Lagu ini telah digubah pada tahun 2004 dan pertama kali diperdengarkan oleh pasukan koir sekolah semasa mesyuarat agung PIBG pada tahun 2004.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...