Monday, 27 February 2012

Healty Morning Genius Kids

ISNIN-22.2.2012 SKTBR1 telah dikunjungi oleh Syarikat Roti High 5. Kunjungan itu bagi tujuan mempromosikan pemakanan sihat dengan roti high 5.



KEJOHANAN BOLING TEN PIN MSSD HULU SELANGOR 2012

TEMPAT: WANGSA BOWL, SELAYANG MALL
TARIKH: 22.2.2012
MASA: 8.00 PAGI-6.00 PETANG
JURULATIH: EN. MOHD HEZRY BIN ABDOLLAH
PENGURUS: PN. RAHIMAH ZAINAL ABIDIN

PASUKAN LELAKI MENDAPAT TEMPAT KE-4

1. Amirul Syafiq Adnan
2. Ahmad Firhad A. Fuad
3. Aiman Helmi Jasni
4. Haikal Daniel Fitri Mohd Hagitar

PASUKAN PEREMPUAN MENDAPAT TEMPAT KE-3

1. Fatin Aqila Zamri
2. Syaza Raihana M. Radzi
3. Mursyidah Mas'ud
4. Nurul Hidayah Khairul Salleh



SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 27 —29 Februari 2012
01 Mac 2012
Masa : 7.40 pagi—4.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Mustapha Kamal


PENDAHULUAN
Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadadah kecil yang dilakukan mereka

RASIONAL
Justeru itu, minggu anti dadah diadakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tidak sihat ini. Di pihak kementerian sendiri telah menetapkan setiap tahun pada 19 Februari adalah hari dadah. Pelbagai aktiviti dilakukan sempena dengan minggu tersebut



MATLAMAT
• Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada murid - murid
• Memberi penerangan tentang punca-punca seseorang terlibat dengan dadah
• Memberi maklumat tentang jenis-jenis dadah sebagai

Friday, 24 February 2012

KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 4, 5 DAN 6.

Perhatian kepada ibu bapa / penjaga dan murid -murid Tahun 4, 5 dan 6 :

TARIKH : 25 .FEB. 2012 ( SABTU )
MASA : 7.45 pg hingga 12.00 TGH

Sekian, terima kasih.


Wednesday, 22 February 2012

CALON KEPIMPINAN ICT PERINGKAT KEBANGSAAN

21 Februari 2012- Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah di kunjungi oleh wakil BTPN Selangor, Wakil PPD Hulu Selangor, Wakil PKG Sungai Choh serta wakil Guru Besar Bukit Beruntung. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memberi pandangan, sumbangsaran atau idea bagi memantapkan lagi sekolah ini dari segi ICTnya.



CABARAN TAHUN INI..... MAMPUKAH KITA

Malaysia Tuan Rumah World Robotic Olympaid 2012


Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan World Robotic Olympiad 2012 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 November bertempat di Kuala Lumpur dengan temanya Robots Connecting People.

Tuesday, 21 February 2012

LAWATAN KERJA PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

20 Februari - Isnin . SK Taman Bunga Raya 1  buat julung kalinya menerima lawatan daripada En Shashim Shah Bin Harun, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Lawatan mengejut  ini sebenarnya En. Shashim Shah Bin Harun turut menyampaikan suntikan motivasi kepada pelajar tahun 6 yang bakal mengambil UPSR tahun ini. Sesi motivasi ini adalah program yang dahulunya disarankan oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail iaitu Program Menjentik Minda. Di kesempatan ini juga, pertemuan kongsi bicara bersama semua guru tahun 6  turut diadakan. Banyak maklumat dan inspirasi baru yang disampaikan. Bukan semata makluman, tetapi suntikan inspirasi semangat kerja yang amat mengujakan. Semua warga TABURA amat menghargai lawatan ini dan diharap perkongsian ini dapat diteruskan pada masa akan datang


PERISTIWA PAGI INI

TARIKH: 20/02/2012
HARI ISNIN
MASA: 7.40-8.30 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN

Para pelajar yang menaikkan nama sekolah di hebahkan semasa perhimpunan pagi. 


Saturday, 18 February 2012

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PRS

TARIKH: 18 DAN 19 FEBRUARI 2012
HARI: SABTU DAN AHAD
PENDAHULUAN

Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntutsebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

MATLAMAT

  • Membantu mempercepatkan usaha intergrasi nasional
  • Memupuk semangat cinta dan sayang akan negara dan membina sikap patrotisme, positif, progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni
  • Melahirkan pemimpin yang mengamalkan nilai-nilai murni
  • Melahirkan pemimpim yang mengamalkan ciri – ciri kepimpinan yang baik dan berwawasan.

OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :
  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar
  • Menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara.
  • Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan
  • Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi
  • Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “ Role Model” kepada pelajar-pelajar lain
  • Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing.

KELAS TAMBAHAN

KELAS TAMBAHAN TAHUN 4, 5 DAN 6.
* bagi murid-murid yang tidak terlibat dengan Kursus Kepimpinan Pengawas, PSS dan PRS.

Kelas akan diadakan seperti biasa :
Tarikh : 18 Feb.2012
Masa   : 7.45 pg - 12 tgh.

Murid-murid yang tidak terlibat dengan Kursus Kepimpinan , sila hadirkan diri ke Kelas Tambahan.
JIka tidak hadir sila serahkan surat cuti atau surat makluman kepada guru kelas.

Sekian, Terima kasih.

Thursday, 16 February 2012

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM1



Tarikh : 1 Februari - 30 April  2012
Bagi pelajar berusia 7 - 15 tahun
 

Berminat untuk menyertai:
 
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY)
(Pelajar 9 - 15 Tahun: di UKM)

2) Perkhemahan PERMATA Insan
(Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)

3) Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
(15 Tahun Sahaja)

4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
(untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
1 Hari, 1 Sekolah, 1 Pelajar
1 hari, 10,000 Sekolah, 1 Pelajar = 10,000 Pelajar
50 Hari, 10,000 Sekolah, 100 Pelajar = 5,000,000 Pelajar

Pendaftaran:

a) Pelajar baru: masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga

Jangka masa ujian: 1 jam 30 minit

Wednesday, 15 February 2012

Guru-guru tahun 3 dan 4 berkampung.....

Pagi ini guru-guru tahun 3 dan 4 berkampung di sekolah bagi melengkapkan data SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah).

Monday, 13 February 2012

Minggu Panitia Pendidikan Agama Islam dan Pelancaran Blog Panitia Agama Islam & jQaf

TARIKH: 13 FEBRUARI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN
ANJURAN: PANITIA AGAMA ISLAM

Makluman lanjut sila layari blog Panitia Agama Islam dan jQaf:


Thursday, 9 February 2012

Makluman Mesyuarat Panitia Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor


1Pendidikan MuzikSK lembah Beringin16 Januari2.15 petang
2P endidikan sivik dan kewarganegaraanSk Sg Choh16 Januari2.15 petang
3Pendidikan KesihatanSK Bukit Beruntung17 Januari2.15 petang
4Kemahiran HidupSK Rasa17 Januari2.15 petang
5Kajian TempatanSK Kuala Kubu 217 Januari2.15 petang
6Bahasa Malaysia SK & SJKSK Serendah18 Januari2.15 petang
7Bahasa Inggeris SK & SJKSK Ulu Yam Bharu18 Januari2.15 petang
8Pendidikan Seni VisualSK lembah Beringin18 Januari2.15 petang
9Bahasa CinaSJKC Kampung Gurney19 Januari2.15 petang
10Pendidikan JasmaniSK Bukit Beruntung19 Januari2.15 petang
11Pendidikan IslamSK Batang Kali19 Januari2.15 petang
12Pendidikan MoralSJKT Bukit Beruntung31 Januari2.15 petang
13Bahasa TamilSJKT Bukit Beruntung1 Februari2.15 petang
14SainsSK Ampang Pecah9 Februari2.15 petang
15MatematikSK Kuala Kubu 18 Februari2.15 petang


Kepada KP sila ambil perhatian

Sunday, 5 February 2012

Pendrive RM 1 : Malaysia IT Fair

Pendrive RM 1 : Malaysia IT Fair Sekali lagi Malaysia IT Fair datang lagi pada 17-19hb Febuari 2012 bertempat di Midvalley, Kuala Lumpur. Seperti biasa ekspo kali ini dibawakan oleh sponsor utama iaitu daripada syarikat Kaspersky (No.1 Antivirus Software dipercayai di Malaysia)
Pelbagai acara menarik boleh di dapati pada ekspo kali ini. Seperti biasa free gift dan barangan harga runtuh seperti pendrive 4GB pada RM1 boleh didapati pada kali ini. (Laptop dan Tablet boleh di bida bermula harga RM1 nanti)
Jangan lupa temu-janji di ekspo IT Fair pada tempat dan tarikh berikut :


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijriah


Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran al-Karim dan berceramah mengenai sirah baginda SAW ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda SAW.

Friday, 3 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

TARIKH: 3 FEBRUARI 2012
HARI : JUMAAT
TEMA: “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”,




LATIHAN KEBAKARAN 2012

TARIKH : 1 FEBRUARI 2012
HARI: RABU
Objektif :
1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .
2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
Prosedur:
Aktiviti :
1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran
2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.
3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah.
4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.
5. Murid balik ke kelas masing-masing.

Pelan Laluan Kebakaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...