HARI : RABU
TARIKH : 31 OKTOBER 2012
MASA : 7.30 PAGI - 6.30 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH
PERASMIAN OLEH : PUAN ZALINAH BIINTI ZUBIR (GURU BESAR)
LATAR BELAKANG
Hari Kokurikulum adalah satu acara yang diadakan selepas tamatnya sesi pembelajaran dan pengajaran akademik yang formal iaitu selepas berakhirnya peperiksaan UPSR bagi tahun 6 dan juga PKSR 2 bagi seluruh murid SKTBR1. Ia diharapakan dapat memantapkan lagi minda murid dengan aktiviti-aktiviti bercorak santal. Selain itu ia boleh menggalakkan kehadiran murid ke sekolah pada fasa-fasa terakhir musim persekolahan tahunan.
OBJEKTIF
- Memupuk semangat bersatu padu bekerja satu kumpulan dalam persatuan-persatuan yang terlibat.
- Melahirkan murid yang berketerampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
- menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.