Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk
membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan
Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi
pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua
sekolah di Malaysia
Di bawah
projek ini, 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet
jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah
persekitaran pembelajaran maya iaitu Frog Virtual Learning Environment untuk
pengajaran dan pembelajaran.
Setiap
guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses
platform VLE Frog.
Frog
adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog mempunyai fungsi sebagai
komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran
maya atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang
menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan
tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan serta menyemak markah melalui VLE.
Para guru
dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah
dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan Internet
4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog
VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di
mana-mana : di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.