Monday, 8 April 2013

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG DAN PROGRAM SALAM

Tarikh: 8 April 2013 (pelancaran)
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran perhimpunan
Anjuran unit bimbingan dan kaunseling
Matlamat
* membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat
kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah
* menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan.
* menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang ditintut oleh agama.

Objektif
* mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah.
* menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia.
* melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Sunday, 7 April 2013

Tahniah Pasukan Elit Badminton

Kejohanan Badminton MSSD 2013.4-5 April 2013.Dewan SK Bukit Sentosa. Mendapat tempat ke-2 Keseluruhan.-Naib johan single perempuan, Nuralia bt Ariffin, tempat ke 3 single perempuan-Fatin Syuhaidah bt Mohd Pavira..naib johan beregu perempuan-Nuralia bt Ariffin dan Hani Melissa Teh

SEKITAR PEMBUGARAN VLE-FROG 2013


KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2013




TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA SKTBR1 DAN SEMUA YANG MENDOKONG DAN MENYOKONG DEMI KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK KITA.


Monday, 1 April 2013

Tahniah Maisarah dan Andi

Zainor Ikmal Maisarah telah mendapat tempat ke -3 dalam Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 23-30 Mac 2013.


Andy Nur Ain Nabila Izzati Husna bt Ahmad terpilih ke perkhemahan perdana peringkat kebangsaan pada 11-18 April 2013 di Kuantan Pahang.

Wednesday, 20 March 2013

Kem Bestari Solat sesi 1/2013 Tahun 1


Murid tahun 1 yang menyertai Kem Bestari Solat sesi 1/2013
Tayangan slide power point yg menarik utk sesi penerangan berkaitan cara berwuduk & solat.

Tuesday, 19 March 2013

MARCH BIRTHDAY

Selamat hari lahir buat warga sktbr1 yang lahir bulan mac. Semoga panjang umur dan murah rezeki.Moga sentiasa dirahmati kekal abadi.Tabah mengharungi dugaan dan sabar menempuh ujian.Moga-moga kasih sayang sentiasa tersemat dihati menjalin ukhwah penyubur iman disanubari.

KEALS TAMBAHAN

Monday, 18 March 2013

TAHNIAH UNIT BERUNIFORM SKTBR1

Pada minggu lepas beberapa orang murid telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor 2013 yang diadakan di Sabak Bernam.

Friday, 8 March 2013

TAHNIAH BUAT KONTIGEN OLAHRAGA

5 HINGGA 8 MAC 2013
KOMPLEKS SUKAN PROTON CITY TANJONG MALIM
TAHNIAH BUAT KONTIGEN OLAHRAGA KERANA DAPAT MENGEKALKAN JOHAN KESELURUHAN 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

BACAAN YAASIN PERDANA SKTBR 1


Jumaat (08/03/2013)
Masa:7.10 pagi 
Tempat:Dataran Perhimpunan
Tujuan :Doa dan harapan 
1.Pahala bacaan Yaasin buat arwah ibu bapa warga sek yg telah kembali ke rahmatullah
2.Pahala bacaan Yaasin buat arwah bapa mentua Pn.Anisah Tauhid
3.Doa agar anak Pn.Ayu Norbaini segera sembuh dari penyakit yg dihidapi
4.Doa buat Pn.Norhayati Yusof agar kembali sihat dari masalah kesihatan
5.Doa buat anak-anak SKTBR 1 agar dipermudahkan menjawab soalan ujian pertama minggu hadapan
6.Doa buat pejuang negara di Lahad Datu moga selamat mempertahan negara tercinta
YA ALLAH PERKENANKAN DOA KAMI.AMIN
Kelab Guru & Kakitangan SKTBR 1 (2013)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...