Wednesday, 22 February 2017

JOHAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER CEMERLANG 2016










Alhamdulillah, pada hari ini 22 Februari 2017 bertempat di SMK Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Bangi Selangor; SK Taman Bunga Raya (1) telah menukilkan sejarah apabila muncul penerima Johan Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang Sekolah Rendah Negeri Selangor 2017.  Hadiah anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim, Pengarah Pendidikan Selangor kepada Guru Besar dan En. Che Muhammad (Penyelaras Bestari).  Anugerah ini adalah bersempena Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan 2016 dan Pelancaran Hari Nilam Selangor.

Johan 2016, alhamdulillah milik kita.

Guru Besar mewakili Team Makmal ICT VLE

Kejayaan ini adalah merupakan rentetan kejayaan pada tahun 2015 yang mana pada masa itu sekolah kita hanya mampu berada di tahap naib johan negeri.  Hasil kerjasama mantap pasukan pengurusan komputer yang diterajui oleh En. Che Muhammad, En. Norhasmadi, Pn. Zailany dan Pn. Norhafiza serta dibantu oleh pasukan PKG Sungai Choh yang diketuai oleh Pn. Hjh. Zainon dan En. Shukor. Dalam kesempatan ini juga pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan PPD Hulu Selangor, JK PIBG Sekolah serta Bapa Angkat Kurikulum SKTBR1; Dato' Aminuddin (Dinastia Jati Sdn. Bhd.) yang sentiasa membantu pihak sekolah sehingga kami berada di kedudukan ini.
Dewan tempat berlangsungnya penyampaian anugerah.

Terima kasih serta tahniah pasukan pengurusan komputer sekolah.

Wajah girang Penyelaras Bestari...

Tuesday, 14 February 2017

PERMATA PINTAR

cm co:
[PENCARIAN PELAJAR PINTAR & BERBAKAT PERMATApintar]
[UJIAN UKM1]

Ujian UKM1 kini kembali lagi. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelektual yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara (http://www.ukm.my/permatapintar).

Ujian UKM1 akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar berumur 8 hingga 15 tahun adalah amat digalakkan untuk mengikuti ujian ini.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2018 di UKM

Ujian UKM1 boleh dilayari di -->http://ukm1.permatapintar.edu.my

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya!

Friday, 10 February 2017

KENANG KAMI DALAM DOAMU

Tarikh 6 Februari 2017 dan tanggal 12 Januari 2017 adalah merupakan dua tarikh yang akan sentiasa terpahat di catatan sejarah sekolah ini. Pada tarikh tersebut Pn. A'liya binti Mohd. Jalaluddin dan En. Zaini bin Mad Lazin mula meninggalkan sekolah ini bagi meneruskan agenda perkhidmatan sebagai Guru Besar.  

Majlis bacaan Yassin sempena pertukaran mereka berdua.

         Pn. A'liya yang telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah ini ditawarkan untuk menjadi Guru Besar SK Kuala Kubu Baharu bagi menggantikan Guru Besar sedia ada yang meneruskan khidmat di SK Batang Kali.

Ucapan kepada murid-murid

          Manakala, En. Mohd. Zaini yang merupakan antara guru perintis sekolah telah ditawarkan menjadi Guru Besar SK Seri Keledang bagi menggantikan Guru Besar sedia ada yang bertukar ke SK Bukit Beruntung.  En. Zaini merupakan guru yang sinonim dengan bidang kokurikulum pernah menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum dan jawatan akhirnya di sekolah ini ini adalah merupakan Penolong Kanan Petang.

Kenangan manis En. Zaini bersama-sama En. Hadi.

          Semoga kedua-dua penolong kanan yang kami kasihi ini akan terus berjaya dengan cemerlang di tempat baharu serta jangan lupakan kami di SK Taman Bunga Raya (1).

Anak yang ditinggalkan...

          Sentiasa ingat slogan kita; " SKTBR1 Di Hatiku" .

Tanda mata daripada Unit SPBT...

Tengok tangan Cikgu Zaini !!!!

Dapat gula-gula daripada staf swasta pembersihan...

Hadiah daripada JK Pengurusan Tertinggi.

Siapa paling kacak ?

Rakan baik yang ditinggalkan...

Amanat akhir daripada PK HEM SKTBR1

"Kepada Team Maskulin, jangan lupa jamuan untuk saya ya..."

Terima cenderamata daripada guru kesayangan ...

Amanat akhir buat anak-anak petang.

Cenderamata daripada guru-guru sesi petang.

Hadiah lagi....

Dan hadiah lagi....

Dan lagi....



Nampak gaya macam beg Bonia...

Yang belakang tetap nak interframe ....



Semoga Allah memberkati guru besar yang baru dilantik.

Bacaan Yassin juga buat arwah ayah Cikgu Khuzaimah. 


Tuesday, 7 February 2017

TAHNIAH TEAM HOKI

TAHNIAH TEAM PING PONG

NAIB JOHAN PEREMPUAN INDIVIDU
 NAIB JOHAN BERPASANGAN


Jutaan terima kasih kpd warga sek yg mendoakan kejayaan team ping pong..Penghargaan buat ustaz khairi dan cikgu shahizan-jurulatih kecergasan dan taktikal yg banyak membantu dlm kejayaan ini.syabas semua

program doktor muda bersama juruterapi pergigian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...