Monday, 28 January 2013

TRANSISI TAHUN 1 2013

Aktiviti Sepanjang Minggu Transisi 2013
  1. Hari Orientasi dan Transisi Tahun 1 2013

Monday, 21 January 2013

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN CILIK SKTBR1 2013


Tarikh: 21/102013
Hari: Isnin
Masa: 7.40 Pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Saturday, 19 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013

Tarikh : 19 Januari 2013
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Sekitar Taman Bunga Raya 

Dimulakan dengan murid berkumpul di dataran mengikut rumah masing- masing

Sunday, 13 January 2013

Langkah Mudah Login VLE Frog

 Langkah mudah untuk login VLE Frog
langkah 1. gunakan apa-apa browser paling elok google



Masukkan url dengan betul diikuti dengan enter

Setelah masukkan  id dan password  sila tekan login atau enter

Selamat berfrog

Wednesday, 9 January 2013

APDM

Senua guru kelas pagi dan petang bertungkus - lumus mengupdate data muridnya

Program Transformasi Diri TAHUN 6

Aplikasi Sains - Cara hasilkan jet kertas  yang laju dan lambat untuk mendarat yang melibatkan geseran  dengan udara

Wednesday, 2 January 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

Hari pertama persekolahan  2013
02/01/2013 bersamaan hari Rabu
Guru bertugas menyambut kedatangan murid dan ibubapa ke sekolah dengan penuh senyuman selaras dengan "Program Penyayang"  

Saturday, 10 November 2012

Thursday, 8 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Tarikh                   :              8 November 2012
Hari                      :              Khamis
Masa                    :              8.00 am -  12.00pm
Tempat                 :              Dewan Tan Sri Mustapha Kamal
Perasmi                :              Tan Sri Mustapha Kamal


(A)   PENGENALAN

Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 8hb November 2012.  Majlis anugerah ini bertujuan untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid di dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah Kedua (PKSR 2).  Pada majlis ini juga akan dianugerahkan tokoh murid mengikut kategori masing-masing iaitu Cindur Bestari lelaki dan perempuan, Tokoh Kokurikulum lelaki dan perempuan, Tokoh Nilam tahap satu dan tahap dua, Tokoh PPKI lelaki dan perempuan, Tokoh Asnaf dan Tokoh Harapan ( murid tahap satu sahaja)

(B)   OBJEKTIF

1.       Menghargai dan meraikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.
2.       Menggalakkan murid-murid untuk terus bersaing bagi mendapat keputusan dan kedudukan yang terbaik dalam peperiksaan
3.       Menghargai tokoh kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya.

(C)   RASIONAL

1.       Memberi semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2.       Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan kebolahan dan  bakat kepimpinan.
3.       Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan warga SKTBR(1)

(D)   SASARAN

Murid-murid SKTBR(1) yang cemerlang dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.



Wednesday, 31 October 2012

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANAK-KANAK 2012

HARI :     RABU
TARIKH :     31 OKTOBER 2012
MASA :     7.30 PAGI - 6.30 PETANG
TEMPAT :    PERKARANGAN SEKOLAH

PERASMIAN OLEH : PUAN ZALINAH BIINTI ZUBIR (GURU BESAR)


LATAR BELAKANG
Hari Kokurikulum adalah satu acara yang diadakan selepas tamatnya sesi pembelajaran dan pengajaran akademik yang formal iaitu selepas berakhirnya peperiksaan UPSR bagi tahun 6 dan juga PKSR 2 bagi seluruh murid SKTBR1. Ia diharapakan dapat memantapkan lagi minda murid dengan aktiviti-aktiviti bercorak santal. Selain itu ia boleh menggalakkan kehadiran murid ke sekolah pada fasa-fasa terakhir musim persekolahan tahunan.

OBJEKTIF
  • Memupuk semangat bersatu padu bekerja satu kumpulan dalam persatuan-persatuan yang terlibat.
  • Melahirkan murid yang berketerampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
  • menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...