SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)
BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID TAHUN 2012
PENGERUSI : PN.ZALINAH BT ZUBIR
(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI 1 : PN.AIDAH BT AHMAD KAMARI
(GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 11 : EN.ZAINI B. MAD LAZIN
( GPK PETANG)
SETIAUSAHA : PN.AZIAN BT SALI
PEN.SETIAUSAHA : PN. RUBIATON NAEMAH BT HARINI
PENYELARAS JAWATANKUASA:-
UNIT DISIPLIN : EN.ZAMHARIZ B. DIN
UNIT PENGAWAS & KETUA DARJAH : PN.NORHAYATI BT YEOP
UNIT SSDM : PN.ZAILANY BT MOHD ZAIN
UNIT PINJAMAN BUKU TEKS : PN.SALINAH BT AYON
UNIT KANTIN : PN.ZAMMALA BT MISKON
UNIT KEBAJIKAN/KWAPM : PN.HAMIDAH BT OTHMAN
UNIT RMT & SUSU SEKOLAH : PN.JULAIDAH BT HAZARI
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING : EN.ZAINALABIDIN MD NOR
UNIT ANTI DADAH PPDa
& KELAB JENAYAH : EN.HASMADI B. NORDIN
UNIT KEDAI ALAT TULIS SEKOLAH : PN.NORAINI BT ALIDIN
UNIT SURAU SEKOLAH : PN.RAHIMAH ZAINAL ABIDIN
UNIT DATA & MAKLUMAT MURID : EN.KHAIROL ANUAR MD DAUD
UNIT KESIHATAN & RAWATAN : PN.ZAMNIS BT SELAMAT
UNIT KESELAMATAN 3K : EN.MASWADI MILATUSAMSI
UNIT KEBERSIHAN & KECERIAAN : PN.AZNIDA BT AHMAD
UNIT PENDAFTARAN & TRANSISI : PN.ANIZAH BT ROSLAN
Penyerahan Surat Lantikan Jawatankuasa Unit HEM 2012
Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah
1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

Posted in April 8th, 2008
Ketika masalah disiplin semakin meningkat dan bilangan kes mahkamah melibatkan guru bertambah menjadikan jawatan guru disiplin bukanlah sesuatu yang diingini.Ramai guru yang merungut dan tidak berpuas hati dengan mutu disiplin pelajar hari ini, namun lebih ramai yang cuba mengelak daripada menerima jawatan Guru Disiplin. Guru Disiplin merupakan guru yang paling tidak popular di sekolah dan hampir semua pelajar ingin menjauhinya. Tetapi jika seseorang tidak mengambil tanggungjawab ini, siapakah lagi guru yang kita diharapkan. Tidak mungkin sekolah dibiarkan berjalan tanpa kawalan disiplin. Keadaan seperti ini tentulah tidak sepatutnya berlaku. Walaupun seseorang ditugaskan secara rasmi sebagai Guru Disiplin, sepatutnya semua guru menyedari bahawa mereka semua adalah guru disiplin. Sepatutnya guru-guru lebih bersimpati dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh Guru Disiplin. Simpati mereka boleh ditunjukkan melalui kerjasama yang mereka tunjukkan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah. Guru kelas sebagai contoh merupakan guru yang bertanggungjawab menjaga disiplin di dalam kelas masing-masing, di tapak perhimpunan dan semasa roll call. Begitu juga guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang ditetapkan turut memainkan peranan sebagai guru disiplin dalam tempoh 30 atau 60 minit waktu P & P mereka. Guru PJK sewaktu mengajar PJK di padang atau di gelanggang adalah guru disiplin. Begitu juga halnya dengan Guru Kantin mereka adalah guru disiplin sewaktu rehat. Jelasnya semua guru tanpa membezakan jenis dan fungsi mereka adalah guru disiplin. Jika semua guru menggunakan fungsi mereka untuk mengekang masalah disiplin daripada berlaku saya kira tidaklah Guru Disiplin terbeban berseorangan dengan masalah pelajar. Hakcipta Abd Bashid Harun
No comments:
Post a Comment