Saturday, 23 June 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4 DAN 5




KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2012 TAHUN 4 DAN 5
TEMA:
“SOLAT CEMERLANG UMMAH TERBILANG”

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)

TARIKH:
23 JUN 2012 (SABTU)

ANJURAN:
UNIT j-QAF DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)


1.0 PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sessi 2005. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah tahun satu.

2.0 OBJEKTIF
            2.1 Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
            2.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang   
                  betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat
                  yang telah ditetapkan.
            2.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang 
                  sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.
2.4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam  
      kehidupan seharian.

3.0 MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar tahun satu mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tahun lima yang beragama Islam seramai 265 orang.
























































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...