Tuesday, 17 July 2012

CAMBRIDGE PLACEMENT TEST

July 17,2012 All English teachers SKTBR1  morning and afternoon sessions have taken the test "cambridge placement test" in the computer lab. Teachers in the morning session starts at 12.30 pm while the afternoon session teachers start at 1.00 pm. The test lasted for half an hour.













PELAKSANAAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  BAHASA INGGERIS (PPP BI)

Cambridge Placement Test (CPT) & Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) bagi semua guru BI.

LATAR BELAKANG

1.    Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid perlu ditingkatkan selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Untuk memastikan pencapaian murid meningkat, guru hendaklah berkualiti, yakni kompeten dan menguasai bahasa Inggeris terutamanya dari aspek kefasihan dan pedagogi. 

2.   Setakat ini, belum ada data/maklumat yang tepat, lengkap dan menyeluruh berkenaan tahap penguasaan dan kompetensi bahasa Inggeris PPP BI yang mengajar Bahasa Inggeris. Oleh itu, untuk mendapatkan data/maklumat tersebut, analisis keperluan latihan bagi PPP BI perlu dilaksanakan. 

3.   Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memperkukuh Bahasa Inggeris (JKK MBI) Bil. 2/2012  yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 12 Januari 2012 telah memutuskan bahawa analisis keperluan latihan bagi PPP BI di sekolah menengah dan rendah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kolej Matrikulasi perlu diperolehi.

4.   Mesyuarat Delivery Task Force (DTF)  yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 20 Februari 2012 telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan PPP BI dilaksanakan segera.

5.   PEMANDU telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan  bagi 10,000 PPP BI dilaksanakan pada 7 - 10 Mei untuk mendapatkan data bagi keperluan  dalam Makmal  GTP v2.

TUJUAN

1.   Mengetahui tahap kefasihan dan kompetensi PPP BI bagi menentukan take-off value (TOV). 

2.   TOV yang diperolehi juga memudahkan penyediaan KPI bagi program peningkatan kefasihan dan kompetensi PPP BI.

3.    Untuk perancangan program sokongan dan latihan yang menepati keperluan standard Common European Framework of References for Languages (CEFR).

4.   Kriteria pemilihan Master Trainers dan Master Teachers dalam Program Strengthening English Proficiency Through Assessment  (SEPTA).

STRATEGI PELAKSANAAN 

1.   Dua (2) instrumen akan digunakan secara atas talian:
       i.    Cambridge Placement Test (CPT) untuk kefasihan 
      - 50 soalan (30 minit) 
      -  bersifat adaptif mengikut tahap kefasihan
      - perlu menggunakan token yang akan diagihkan ke           
                  sekolah/Kolej Matrikulasi/ IPG Kampus mengikut           
                  bilangan PPP BI.

-    skor  adalah berdasarkan CEFR seperti dalam jadual berikut:

Results are reported instantly as an overall score on a scale of 0-100, indicating the CEFR level from Pre-A1 – C2. 
Score    CEFR level 

90-100    C2 (Mastery) 
75-89    C1 (Effective proficiency) 
60-74    B2 (Vantage) 
40-59    B1 (Threshold) 
20-39    A2 (Waystage) 
10-19    A1 (Breakthrough) 
  0-9     Pre-A1 

ii.    Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) 
        untuk kompetensi
   - 127 soalan (60 minit)
   - meliputi 6 dimensi seperti berikut:
   a.   language proficiency, 
   b.   curriculum application, 
   c.   lesson planning, 
   d.   methodology, 
   e.   classroom management and, 
   f.    assessment

2. Kumpulan sasaran – SEMUA PPP BI (dilaksanakan secara berperingkat

PENDEKATAN PELAKSANAAN

1.   Analisis keperluan latihan PPP BI perlu dilaksanakan secara berhemah supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan PPP BI. Beberapa perkara seperti berikut perlu diutamakan:

   i.    menggunakan pendekatan memujuk (persuasion);

   ii.    segala urusan dan pelaksanaan mendapatkan analisis keperluan latihan 
             tidak membebankan PPP BI;

   iii.     data yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan analisis keperluan 
            latihan sahaja; dan

   iv.  pelaksanaan CPT dan PSELT akan direkodkan sebagai menghadiri tiga  
            (3) jam sesi latihan dalam perkhidmatan dan dicatat dalam kad biru 
            PPP BI.

PELAKSANAAN FASA 1 : (7 – 10 MEI 2012)
 
Kedah, Kelantan, WP KL dan Melaka.

FASA 2 : 

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Putrajaya dan Negeri sembilan.

FASA 3 :

Johor, Pahang, Terengganu, WP Labuan, Sabah dan Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan 2 fail powerpoint CPT & PSELT dan Mesyuarat Profiling JPN dari link di bawah. Sekian, harap maklum, terima kasih.

http://www.ppdks.net/v1/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...