Program Peningkatan Disiplin
Ke
Arah Salah Laku Sifar
DEFINISI
Ponteng
sekolah ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas
tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar. Ia membawa maksud tidak hadir ke sekolah
tanpa alasan yang munasabah seperti surat doktor atau surat oleh pihak ibu bapa
/ penjaga yang telah ditandatangani dengan sah oleh ibu bapa atau penjaga.
Ponteng
kelas pula ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam
kelas tanpa kebenaran guru. Ia membawa
maksud pelajar lambat masuk ke kelas untuk mengikuti P & P, keluar kelas
tanpa kebenaran guru, tidak menghadiri kelas pada masa tertentu tanpa alasan
yang kukuh dan munasabah atau pulang / keluar dari kawasan / premis sekolah
tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah.
MATLAMAT
Menangani masalah ponteng
sekolah dan ponteng kelas yang berleluasa di kalangan murid bagi merealisasikan
misi SK Taman Bunga Raya (1) sebagai
sebuah sekolah selamat dan terunggul di Hulu Selangor.
OBJEKTIF
1.
95% murid hadir
penuh setahun.
2.
0% murid
ponteng kelas sepanjang tahun.
3.
Memupuk jati
diri dan sikap bertanggungjawab dikalangan murid terhadap diri sendiri, ibu
bapa, sekolah, agama dan bangsa.
4.
Meningkatkan
kesedaran kendiri terhadap murid tentang betapa pentingnya hadir ke sekolah
untuk mendapat ilmu dan kemahiran.
5.
Meningkatkan
disiplin murid untuk mencapai tahap salah laku sifar.
6.
Mewujudkan
iklim sekolah yang harmonis dan kondusif bagi menarik minat murid untuk hadir
ke sekolah.
7.
Meningkatkan
peratus prestasi akademik dan penglibatan murid dalam semua aktiviti sekolah.
PERANAN
GURU/ SEKOLAH
·
Guru Besar//PK
HEM memberi taklimat kepada guru tentang prosedur menangani masalah ponteng
sekolah.
·
Guru kelas
diwajibkan melengkap & mengemaskini maklumat diri murid dalam jadual
kedatangan.
·
Guru kelas
dikehendaki menanda kehadiran murid setiap
hari di dalam kelas sebelum sesi pembelajaran bermula. Bagi sesi petang persekolahan, semua murid
dikumpulkan di kantin sekolah sebelum kelas bermula dan guru kelas dikehendaki
mencatat kehadiran mereka. Sekiranya
guru kelas tidak hadir ketua/penolong ketua kelas atau pengawas diminta
mengambil kedatangan murid.
·
Guru kelas
dikehendaki menyimpan semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/penjaga dan
surat keluar kawasan sekolah dengan baik di dalam fail yang dibekalkan. Surat-surat tersebut disusun mengikut tarikh
& bulan.
·
Bagi menangani
kes ponteng kelas, guru mata pelajaran perlu merekod kehadiran murid dalam
kelas semasa P & P dijalankan dan lain-lain
maklumat berkaitan dalam Buku Kawalan Disiplin Kelas. Ketua/penolong ketua kelas akan menghantar
Buku Kawalan Disiplin Kelas selepas waktu persekolahan kepada guru disiplin.
·
Guru kelas
melaporkan kes pelajar yang kerap ponteng kepada PK HEM atau Penyelia Petang
mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
PERANAN
MURID
·
Mempunyai
cita-cita dan jati diri yang tinggi.
·
Menyedari akan
kepentingan hadir ke sekolah dan bersikap positif terhadap pelajaran.
·
Mendisiplinkan
diri masing-msing agar hadir ke sekolah pada
setiap hari persekolahan. Sekiranya
tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab yang munasabah,
hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan.
·
Tidak
mementingkan HIBURAN daripada pelajaran.
·
Mempunyai
kemahiran belajar, pelajar digalakkan berjumpa guru mata pelajaran atau
kaunselor sekiranya perlu kaedah/teknik berkenaan.
·
Mendisiplinkan
diri agar bangun awal supaya tidak lambat ke sekolah.
·
Menyiapkan
segala tugasan yang diberikan oleh guru pada waktu yang telah ditetapkan.
·
Tidak mengambil
kesempatan daripada keadaan suasana yang buruk seperti hujan dan sebagainya.
·
Menjaga
kesihatan dengan baik.
PERANAN
IBU BAPA / PENJAGA
·
Memastikan anak
hadir ke sekolah setiap hari persekolahan.
·
Menyediakan
kemudahan pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah.
·
Memberi
perhatian kepada anak dalam semua aspek dan menerapkan nilai murni serta ajaran
agama.
·
Mewujudkan
interaksi yang baik sesama ahli keluarga.
·
Membina
institusi keluarga yang kukuh dan harmoni.
·
Mengenalpasti
rakan sebaya anak dan pengisian masa lapang mereka.
·
Menghubungi
pihak sekolah sama ada guru kelas, guru disiplin, guru mata pelajaran atau PK
HEM untuk membuat pemantauan atau ‘spot check’ terhadap kehadiran anak-anak ke
sekolah atau masalah yang lain yang berkaitan..
·
Menyokong semua
polisi dan peraturan sekolah.
·
Menghadiri
mesyuarat PIBG dan memberi kerjasama serta sokongan sepenuhnya terhadap semua
aktiviti yang dirancang.
·
Menerima
kelemahan diri anak serta berusaha untuk memperbaikinya.
·
Bekerjasama
dengan masyarakat setempat atau ibu bapa yang lain untuk memantau keadaan
persekitaran dan melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapat murid ponteng.
KEBURUKAN
PONTENG
·
Menjejaskan
prestasi kurikulum dan kokurikulum murid.
·
Membentuk sikap
negatif dan imej diri yang buruk seperti tidak bertanggungjawab, suka
berbohong, berdolak dalik, penentang/melawan dan lain-lain.
·
Memupuk budaya
negatif seperti mengamalkan budaya lepak dan membazir masa dengan
sewenang-wenangnya.
·
Mendorong/mendedahkan
murid kepada salah laku yang lebih serius seperti terlibat dengan perbuatan
jenayah, kumpulan samseng dan penyalahgunaan dadah.
·
Kes ponteng
yang serius boleh membawa kepada KECICIRAN.
ELAKKAN
TABIAT SUKA PONTENG
·
Bersikap
positif terhadap pelajaran. Sedar
tentang kepentingan ilmu & kemahiran.
·
Menanam minat
untuk belajar dan mempunyai cita-cita.
·
Membuat
persediaan dari segi emosi, mental dan fizikal.
·
Senantiasa
menjaga kesihatan diri.
·
Berhati-hati
memilih kawan. Tidak bergaul dengan
rakan yang suka ponteng, mempunyai masalah disiplin yang lain atau yang tidak
bersekolah.
·
Menghargai masa
dan membuat pengurusan masa dengan baik dan terancang.
No comments:
Post a Comment