Alhamdulilah,
setinggi-tinggi kesyukuran dirafatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat, kurnia dan IzinNya maka kita berpeluang menikmati kehidupan yang
seindah ini. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Penghargaan
dan terima kasih kepada Guru Besar, Puan Zalinah binti Zubir kerana mengadakan
majlis motivasi dan meraikan buat kami graduan di peringkat sarjana (Hasmadi,
Norhayati dan Wan Mazni). Terima kasih juga tidak ketinggalan buat rakan-rakan
guru dan staf yang banyak memberikan sokongan dan semangat sepanjang kami
melalui proses pendidikan di UPSI dan dalam menjayakan misi ke arah pendidikan
untuk sepanjang hayat.
Disini saya ingin coretkan
motivasi, ingatan dan nasihat buat anak-anak didik dan rakan-rakan mengambil iktibar
dan pengajaran daripada ungakapan hadis
“Agama itu adalah nasihat”. Menuntut ilmu merupakan tuntutan dan fardu
ain yang perlu dilunaskan oleh setiap kita yang bergelar mukallaf iaitu orang
yang waras dan nsihat dari segi akal dan pemikiranya. Sebagaimana tuntutan
wahyu yang pertama “Iqra” yang mengisyaratkan agar setiap insane dituntut untuk
memiliki ilmu pengetahuan melalui proses pendidikan yang mana setiap dari kita
perlu menuntut ilmu dalam system yang telah disyariatkan oleh Allah Taala iaitu
belajar mestilah dengan berguru kepada yang lebih berpengetahuan walaupun ia
seorang kanak-kanak kecil. Kenapa kita dituntut sedemikian? Walaupun proses
mencari ilmu dikatakan sudah maju dan tiada sempadanya semenjak ujudnya
kemajuan teknologi terutamannya ICT. Tuntutan ini dibuat bagi meluruskan
perjalanan dalam menimba ilmu dan mentafsir pengetahuan untuk menghindarkan
diri kita dari terlibat dengan pentafsiran dan penjelasan yang boleh
menyesatkan atau berlaku kesilapan. Berguru atau memiliki guru dalam mencari
ilmu pengetahuan adalah sunnah dalam kehidupan.
Anak-anak murid cikgu..
Kejayaan dalam mengapai sesuatu
impian (berjaya dalam sesuatu perkara)
merupakan saat manis dan sangat indah dalam setiap tingkat kehidupan.
(keseronokan yang sukar digambarkan dengan perkataan melainkan jika perasaan
dapat berbicara) Bagaimana nak merasai kemanisan dan keindahan kejayaan wahai
anak-anakku sekalian? Untuk merasai
manisnya sebuah kejayaan mestilah dengan keinginan dan usaha yang kental dengan
membuang jauh-jauh dari kamus kehidupan perasaan dan rasa jemu, malas dan
kekecewaan. Tidak sesekali kita berputus asa dan terkecewa dengan diri kita.
Jangan sesekali berputus asa setiap kali kegagalan yang menimpa tetapi
sentiasalah bangkit walaupun sering terjatuh ibarat anak-anak kecil yang sedang
belajar bertatih. Usaha untuk bangkit dan berjalan diteruskan walau tatihnya
yang sering jatuh dan tersungkur ke bumi.
Anak—anakku..
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan
kepada Allah, semoga dengan rasa takutnya kita kepada KepadaNya.. anakn
meningkatkan lagi keimanan dan kayakinan bahawa Allah adalahTuhan yang tidak
pernah mengecewakan hambanya melainkan dengan hikmah di sebalik apa yang
terjadi. Bertawakallah anana-anak muridku sekalian dalam usaha kalian untuk
mengapai impian semoga dengan berserah diri kepadaNya dengan sebenar-benar
penyerahan akan melembutkan lagi hati kita untuk terus menerima hidayah dan
pertolonganNya. Cikgu yakin kalian akan beroleh kejayaan berkat usaha yang telah kalian dan guru-guru
anda lakukan. Bermohonlah kepada Nya kerana hanya Dia yang berkuasa dan
berupaya memberikan pertolongan yang sebenar-benarnya kepada hambaNya.
Aklhir sekali cikgu doakan
kalian akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan anda
lalui esok. Semoga Allah memberikan taufiq, hidayah dan ketenangan dalam
menjawab setiap persoalan yang dikemukakan.
Buat rakan-rakan guru, tewrima
kasih banyak-banyak kerana memberikan didikan yang sempurnadengan sepenuh hati
kepada semua anak-anak didik kita selama ini. Mudah-mudahan mereka mendapat
berkat daripada kemuliaan cikgu-cikgu sekelian. Marilah kita sama-sama
mendoakan kejayaan anak-anak kita ini bukan sahaja kejayaan dalam peperiksaan
tetapi kejayaan dalam melalui cabaran hidup di dunia yang mencabar ini. Semoga
Allah menempatkan kita dan anak-anak kita bersama-sama orang yang soleh
mendapat rahmat Allah dan syafaat Baginda Rasulullah S.A.W. di mahsyar kelak.
No comments:
Post a Comment