Monday 26 March 2012

SILA DOWNLOAD

sila Download bahan koko terkini. pada link yang di sediakan.

Bahan koko terkini

Sunday 25 March 2012

JUARA.... 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

TAHNIAH..... Buat semua atelit olahraga SK Taman Bunga Raya 1 kerana telah berjaya mempertahankan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut. Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Selangor itu berlangsung selama 4 hari yang bermula dari 20 Mac hingga 24 Mac 2012. Kejohanan itu berlangsung di Stadium Proton City Tanjung Malim


Thursday 22 March 2012

PERTANDINGAN MEWARNA KEPENGGUNAAN UNTUK KANAK-KANAK 2012

Perhatian kepada semua warga SKTBR1 yang berumur 4 hingga 12 tahun di galakkan untuk menyertai Pertandingan mewarna berdasarkan maklumat seperti berikut:

Tuesday 20 March 2012

PERISTIWA HARI INI DI SKTBR1

HARI INI 20 MAC 2012 (SELASA) - SKTBR1 dikunjungi oleh Delegasi ICT Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil JPN, BTPN Selangor, wakil setiap PPD di Selangor dan wakil PKG di Seluruh Selangor. Delegasi ICT ini mengadakan mesyuarat ICT dan juga ingin berkongsi pengalaman dari sekolah SKTBR1 yang telah tercalon dalam kepimpinan ICT di Peringkat Kebangsaan.

Monday 19 March 2012

BERITA BAIK...... YES

Sekolah kita tiba-tiba tersenarai dalam senarai sekolah yang dapat 1Bestarinet yang sebelum ini tiada dalam senarai.
 Kontraktor YTL menunjukkan tapak bagi mendirikan menara pemancar seluas 5"X5" persegi setinggi 30 meter

PANEL PENILAI KEPIMPINAN ICT 2012

ISNIN-19 MAC 2012- Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah dikunjungi oleh dua orang Panel Penilai bagi Pertandingan Kepimpinan ICT Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.


Thursday 8 March 2012

PENTING.....

PERHATIAN
 KEPADA SEMUA GURU KELAS,
SISTEM MAKLUMAT MURID YANG TELAH SIAP
BOLEH DIHANTAR KEPADA CIKGU KHAIROL ANUAR
SILA BAWA LAPTOP MASING SEKIRANYA MENGISI DATA DALAM LAPTOP. BAGI YANG MENGISI DATA DI MAKMAL KOMPUTER SILA NYATAKAN NOMBOR PC DAN NAMA KELAS.
TARIKH AKHIR UNTUK PENGHANTARAN DATA IALAH PADA 8 MAC 2012

TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENGHANTAR DATA.

SEKIAN..

Tuesday 6 March 2012

INFO KELAS TAMBAHAN MASA CUTI SEKOLAH

Perkara : Kelas Tambahan Tahun 4,5 dan 6.

Perhatian kpd Murid - murid Tahun 4,5 dan 6 serta ibu bapa / penjaga:

Kelas tambahan akan diadakan semasa cuti persekolahan Mac 2012 seperti butiran di bawah :

Tarikh : 12, 13 dan 14 Mac 2012.
Masa : 7.45 pg hingga 12 tgh.
Pakaian : Uniform sekolah
Kehadiran : semua murid Thn 6 dan bagi yang mendaftarkan nama dalam kelas
tambahan untuk Thn 4 dan 5 sahaja.

Diharapkan ibu bapa / penjaga menguruskan pengangkutan pergi dan balik bagi anak/jagaan masing-masing.
Terima kasih.

Sunday 4 March 2012

Sains Membuktikan Al-quran “Kaedah Mengesan Orang Menipu”

 Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat kami katakan selepas mengetahui hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.


Sebelum kami paparkan apakah ayat tersebut, ingin kami kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI. iaitu………….

Fadhilat Bulan-Bulan Islam: Rabiulakhir

Pengertian
                                
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

 
Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...