Saturday 10 November 2012

Thursday 8 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Tarikh                   :              8 November 2012
Hari                      :              Khamis
Masa                    :              8.00 am -  12.00pm
Tempat                 :              Dewan Tan Sri Mustapha Kamal
Perasmi                :              Tan Sri Mustapha Kamal


(A)   PENGENALAN

Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 8hb November 2012.  Majlis anugerah ini bertujuan untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid di dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah Kedua (PKSR 2).  Pada majlis ini juga akan dianugerahkan tokoh murid mengikut kategori masing-masing iaitu Cindur Bestari lelaki dan perempuan, Tokoh Kokurikulum lelaki dan perempuan, Tokoh Nilam tahap satu dan tahap dua, Tokoh PPKI lelaki dan perempuan, Tokoh Asnaf dan Tokoh Harapan ( murid tahap satu sahaja)

(B)   OBJEKTIF

1.       Menghargai dan meraikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.
2.       Menggalakkan murid-murid untuk terus bersaing bagi mendapat keputusan dan kedudukan yang terbaik dalam peperiksaan
3.       Menghargai tokoh kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya.

(C)   RASIONAL

1.       Memberi semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2.       Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan kebolahan dan  bakat kepimpinan.
3.       Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan warga SKTBR(1)

(D)   SASARAN

Murid-murid SKTBR(1) yang cemerlang dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...