Monday 21 May 2012

PELANCARAN KEMPEN ANTI DENGGI 2012

TARIKH: 21 MEI 2012
HARI: ISNIN
MASA: 7.40 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN

Pengenalan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

                          Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam.

                          Mengikut statistik Kementerian  Kesihatan Malaysia, bilangan kes demam denggi di Selangor bagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011 adalah sebanyak 188 kes dengan 1 kematian manakala bagi tempoh 3-9 Julai telah meningkat kepada 448 kes dengan 1 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 16,367 kes dengan 45 kematian.  Angka ini menjadikan Selangor  negeri yang tertinggi mencatat kes denggi  berbanding Johor pada tempat kedua dengan  4406 kes dengan 12 kematian.

 OBJEKTIF :

· Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.

· Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan denggi

· Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat kondusif dan bebas pembiakan nyamuk Aedes

MISI:

Tiada Aedes Tiada Denggi

VISI:

Melahirkan Generasi Yang
Perihatin Terhadap Pencegahan
Pembiakan Nyamuk Aedes


AKTIVITI  KEMPEN ANTI  DENGGI
· Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes.

· Ceramah Pendek Denggi.

· Bercerita –Denggi.

· Mengedarkan risalah berkaitan denggi kepada masyarakat setempat.

· Persediaan ke pertandingan Pameran Denggi.

· Lawatan dan Penerangan mengenai Bahaya Denggi ke Tadika dan Taska berhampiran.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...