Showing posts with label UBK. Show all posts
Showing posts with label UBK. Show all posts

Monday, 2 April 2012

PROGRAM MANTOR-MANTEE 2012

Program mentor – mentee ini merupakan salah satu daripada elemen penjagaan yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk parent substitute kepada murid – murid. Tujuan program ini ialah untuk mewujudkan beberapa hubungan di mana merangkumi hubungan di antara murid yang dikenali sebagai mentee manakala guru dikenali sebagai mentor. Antara hubungan mentor – mentee ialah :-
1.       Hubungan mentor – mentee sebagai ibu bapa angkat dengan anak angkat
2.       Hubungan murid dengan murid dalam kumpulan mentor – mentee
3.       Hubungan mentor dengan ibu bapa murid
4.       Hubungan mentor dengan guru bimbingan dan kaunseling
5.       Hubungan mentor dengan guru kelas/ guru mata pelajaran mentee-mentee

Monday, 27 February 2012

SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 27 —29 Februari 2012
01 Mac 2012
Masa : 7.40 pagi—4.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Mustapha Kamal


PENDAHULUAN
Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadadah kecil yang dilakukan mereka

RASIONAL
Justeru itu, minggu anti dadah diadakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tidak sihat ini. Di pihak kementerian sendiri telah menetapkan setiap tahun pada 19 Februari adalah hari dadah. Pelbagai aktiviti dilakukan sempena dengan minggu tersebut



MATLAMAT
• Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada murid - murid
• Memberi penerangan tentang punca-punca seseorang terlibat dengan dadah
• Memberi maklumat tentang jenis-jenis dadah sebagai

Saturday, 18 February 2012

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PRS

TARIKH: 18 DAN 19 FEBRUARI 2012
HARI: SABTU DAN AHAD
PENDAHULUAN

Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntutsebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

MATLAMAT

  • Membantu mempercepatkan usaha intergrasi nasional
  • Memupuk semangat cinta dan sayang akan negara dan membina sikap patrotisme, positif, progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni
  • Melahirkan pemimpin yang mengamalkan nilai-nilai murni
  • Melahirkan pemimpim yang mengamalkan ciri – ciri kepimpinan yang baik dan berwawasan.

OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :
  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar
  • Menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara.
  • Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan
  • Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi
  • Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “ Role Model” kepada pelajar-pelajar lain
  • Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing.

Wednesday, 25 January 2012

PERASMIAN PMD TAHUN 4 DAN 5

TARIKH: 25 JANUARI 2012
HARI: RABU
MASA; 8.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN TAN SRI MUSTAFA KAMAL

Tuesday, 10 January 2012

PMD TAHUN 6

Minggu PMD Tahun 6 dah bermula....
Program Maju Diri (PMD) adalah aktiviti rutin tahunan yang dijalankan oleh UBK. Di laksanakanberdasarkan modul yang di bekalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor.

Diantara objektifnya ialah :
1. Mewujudkan sikap kerjasama dikalangan murid-murid dalam kumpulan
2. Mewujudkan sukakan sikap persaingan yang sihat samada bersifat individu atau berkumpulan.
3. Mewujudkan sikap berani dan sentiasa bersedia menyuarakan pendapat
4. Memberi pendedahan kepada murid beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
5. Menjadi perangsang untuk meningkatkan kualiti murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
6. Mendedahkan kepada murid tahun 6 perkara-perkara yang penting berkaitan akademik sebagai persediaan menghadapi UPSR.

Program itu berlangsung selama 2 hari. (10 .1.2012 hingga 11.1.2012)
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...