Saturday 26 May 2012

SELAMAT BERCUTI

CUTI PENGGAL PERTAMA BERMULA 26 MEI 2012 HINGGA 10 JUN 2012

Friday 25 May 2012

GOTONG-ROYONG LESTARI ALAM 2012

25 Mei 2012- GOTONG ROYONG LESTARI ALAM 2012- Dianjurkan Jawatankuasa 3K SKTBR1  dengan kerjasama Pertubuhan Amal Seri Sinar. Majlis Perasmian di adakan di Dataran Perhimpunan SKTBR1 dengan perasminya Dato'(Dr) Eadon Ching iaitu Pengasas dan Presiden Pertubuhan Seri Sinar (P.A.S.S). Pihak Pertubuhan tersebut telah menyumbangkan sebanyak 70 pokok hiasan sempena majlis ini.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

24 MEI 2012- Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini juga sempena meraikan dan penghargaan Guru Besar SKTBR1 yang telah di nobatkan sebagai Naib Johan  Anugerah Kepimpinan ICT Peringkat Kebangsaan 2012.  

Thursday 24 May 2012

BOWLING HARI GURU SKTBR1 2012

RABU(23 MEI 2012) KELAB GOLF BUKIT BERUNTUNG menjadi saksi bagi perlawanan bowling berpasukan mengikut kategori umur (warga emas, dewasa, junior). seramai 40 orang yang menyertai pertandingan tersebut. Acara berlangsung lebih kurang 4 jam.


Monday 21 May 2012

PELANCARAN KEMPEN ANTI DENGGI 2012

TARIKH: 21 MEI 2012
HARI: ISNIN
MASA: 7.40 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN

Pengenalan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

                          Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam.

                          Mengikut statistik Kementerian  Kesihatan Malaysia, bilangan kes demam denggi di Selangor bagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011 adalah sebanyak 188 kes dengan 1 kematian manakala bagi tempoh 3-9 Julai telah meningkat kepada 448 kes dengan 1 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 16,367 kes dengan 45 kematian.  Angka ini menjadikan Selangor  negeri yang tertinggi mencatat kes denggi  berbanding Johor pada tempat kedua dengan  4406 kes dengan 12 kematian.

Saturday 19 May 2012

KBS TAHUN 2 DAN 3 2012

Kem Bestari Solat
Tarikh: 19 mei 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun Dua dan Tiga dapat mengambil wudhu’ dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah diri serta akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
Ø  Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Ø  Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Ø  Merapatkan Ukhuwwah Islamiyah di kalangan pelajar dan guru.

Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia


Tuesday 15 May 2012

SKTBR1 ON AIR

Tanggal 15 Mei 2012 SKTBR1 telah didatangi oleh pihak RTM. Kedatangan RTM adalah bertujuan untuk membuat sesi pengambaran sempena Perayaan Hari Guru tahun ini. Rakaman ini akan di tayangkan pada malam esok iaitu 16 Mei 2012 jam 10 malam . Jadi sesiapa yang ingin mengikuti siaran tersebut sila berada di depan tv masing-masing.


Saturday 12 May 2012

TAHNIAH..... PASUKAN BOLA BALING ELIT

KEJOHANAN BOLA BALING MSS SELANGOR 2012
TARIKH : 7 DAN 8 MEI 2012
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP KUALA SELANGOR
PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA
Fadli , Hasrul dan Amirul  bakat dari SKTBR1 yang mengharumkan nama sekolah di apit oleh cikgu Suhaimi dan Cikgu Aziz  sebagai jurulatih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...