Thursday 25 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

TARIKH: 24/7/2013
HARI: RABU
MASA: 7.00 - 11.00 MLM
TEMPAT: SKTBR1

Monday 22 July 2013

PELANCARAN HARI PPKI 2013

PELANCARAN PROGRAM HARI PPKI

TEMPAT
TAPAK PERHIMPUNAN SKTBR 1

TARIKH
22 JULAI 2013 (ISNIN)

MASA
7.30 PAGI - 8.30 PAGI

PESERTA

WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1


Wednesday 17 July 2013

Tuesday 16 July 2013

KENALI 1BESTARINET VLE FROG KPM

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia


Di bawah projek ini, 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah persekitaran pembelajaran maya iaitu Frog Virtual Learning Environment untuk pengajaran dan pembelajaran.
Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses platform VLE Frog.



Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran maya atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah melalui VLE.


Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan Internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Monday 15 July 2013

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK UPSR

Semoga ilmu yg disampaikan hari ini dapat dimanfaatkan oleh anak didik thn 6 ...semoga cemerlang dlm percubaan upsr 16-18 julai.

TAHNIAH DOKTOR MUDA

Tokoh Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Adik Nurin Qistina bt. Zaini
Konvensyen ini telah diadakan pada 2-5 Julai yg bertempat di Stadium Tertutup Nilai , Negeri Sembilan. Penjurian tokoh dr. Muda pula diadakan pada 3 Julai . Semua calon doktor muda amat hebat. Tokoh dr.muda tlh dipilih berdasarkan kriteria tertentu .  Johan telah dimenangi oleh peserta dr Johor .

Friday 12 July 2013

TAHNIAH


Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Selangor
Tarikh:8 Julai 2013
Tempat: SMK KKB
TAHNIAH BUAT ANEESA NADIRA (6A) TEMPAT KETIGA NEGERI SELANGOR

AKAR KELADI MELILIT SELASIH,SELASIH TUMBUH DIHUJUNG TAMAN,KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH,MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN.


Thursday 4 July 2013

PROGRAM MENTOR MANTEE KAUNSELING BERFOKUS DISIPLIN

   Setiap sekolah pasti akan berhadapan dengan murid  yang sering melakukan kesalahan, Justeru itu, program mentor mantee ini diadakan bagi memberi kesedaran dan perhatian serta sokongan berterusan kepada murid bermasalah agar menjadi murid yang baik dan tidak melanggar peraturan sekolah.
  

Monday 1 July 2013

PENGHARGAAN

Telah menjadi trend buat warga SKTBR1 setiap kali perhimpunan Isnin akakn diadakan penyampaian hadiah bagi menyuntik semangat untuk terus maju di lapangan kokurikukum dan koakademik. Hari ini penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan yg telah diadakan pada minggu lepas.

Naib johan acara 4X200 Jemputan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...