Friday 15 November 2013

UPSR 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN UPSR 2013



 TAHNIAH.... !
22 orang 5A

Friday 25 October 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH TAHUN 6 2013


OBJEKTIF
Melahirkan seorang dalam setiap keluarga yang boleh mengendalikan jenazah.
Menyelaras dan menyediakan satu garis panduan cara cara pengurusan jenazah mengikut Agama islam Selangor
Menghindari amalan amalan kurafat dan bidah berkaitan pengurusan jenazah

Saturday 19 October 2013

LADAP SARANA IBU BAPA

 TARIKH : 19/10/2013
MASA: 8:30 PAGI
TEMPAT: DEWAN TMK

Thursday 17 October 2013

IBADAH KORBAN 2013 (12 ZULHIJAH 1434)

Wednesday 9 October 2013

Thursday 3 October 2013

PERTANDINGAN MENGHASILKAN SITE KELAS TAHUN 6 2013

SEMUA KELAS TAHUN 6 DI WAJIBKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI. SITE YANG DIHASILKAN INI AKAN DI SIMPAN SEBAGAI ALUMNAI SEBAGAI KENAGAN DI SKTBR1. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ADMIN VLE
HADIAH AKAN DISEDIAKAN

sila klik untuk  dapatkan syarat pertandingan: 


Wednesday 2 October 2013

LADAP PEMBIMBING RAKAN SEKERJA (PERASA)

KURSUS VLE PANITIA SAINS HULU SELANGOR

Pada 1 Oktober 2013, Kursus VLE- Frog daerah Hulu Selangor untuk Semua Panitia Sains  Daerah Hulu Selangor, Seramai 51 orang ketua panitia dari semua sekolah daerah ini datang untuk bengkel. Dalam bengkel tersebut ketua panitia didedahkan penggunaan VLE-Frog untuk pengurusan panitia dan juga untuk pengajaran dan pembelajaran. 

Monday 30 September 2013

PENYAMPAIAN HADIAH

KATMO BOLA TAMPAR
LELAKI JOHAN
1. NIK FAKMI HAZRY-4A
2.MUHAMAD AFIQ DANIAL-4B
3.MUHAMAD HAZEQ 4-B
4.MAHADIR 4D
KATMO BOLA TAMPAR PEREMPUAN
TEMPAT KETIGA
1. NURUL ATIQAH SUHAILI 4A
2. NUR HIDAYAH AMINUDDIN 4D
EMPAT ORANG MURID TELAH TERPILIH UNTUK MEWAKILI DAERAH HULU SELANGOR IAITU
MAHADIR
NIK FAKRUNURUL ATIQAH
NUR HIDAYAH

Thursday 12 September 2013

Buatlah Yang Terbaik

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan IzinNya maka kita berpeluang menikmati kehidupan yang seindah ini. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, Puan Zalinah binti Zubir kerana mengadakan majlis motivasi dan meraikan buat kami graduan di peringkat sarjana (Hasmadi, Norhayati dan Wan Mazni). Terima kasih juga tidak ketinggalan buat rakan-rakan guru dan staf yang banyak memberikan sokongan dan semangat sepanjang kami melalui proses pendidikan di UPSI dan dalam menjayakan misi ke arah pendidikan untuk sepanjang hayat.
Disini saya ingin coretkan motivasi, ingatan dan nasihat buat anak-anak didik dan rakan-rakan mengambil iktibar dan pengajaran daripada ungakapan hadis  “Agama itu adalah nasihat”. Menuntut ilmu merupakan tuntutan dan fardu ain yang perlu dilunaskan oleh setiap kita yang bergelar mukallaf iaitu orang yang waras dan nsihat dari segi akal dan pemikiranya. Sebagaimana tuntutan wahyu yang pertama “Iqra” yang mengisyaratkan agar setiap insane dituntut untuk memiliki ilmu pengetahuan melalui proses pendidikan yang mana setiap dari kita perlu menuntut ilmu dalam system yang telah disyariatkan oleh Allah Taala iaitu belajar mestilah dengan berguru kepada yang lebih berpengetahuan walaupun ia seorang kanak-kanak kecil. Kenapa kita dituntut sedemikian? Walaupun proses mencari ilmu dikatakan sudah maju dan tiada sempadanya semenjak ujudnya kemajuan teknologi terutamannya ICT. Tuntutan ini dibuat bagi meluruskan perjalanan dalam menimba ilmu dan mentafsir pengetahuan untuk menghindarkan diri kita dari terlibat dengan pentafsiran dan penjelasan yang boleh menyesatkan atau berlaku kesilapan. Berguru atau memiliki guru dalam mencari ilmu pengetahuan adalah sunnah dalam kehidupan.
Anak-anak murid cikgu..
Kejayaan dalam mengapai sesuatu impian  (berjaya dalam sesuatu perkara) merupakan saat manis dan sangat indah dalam setiap tingkat kehidupan. (keseronokan yang sukar digambarkan dengan perkataan melainkan jika perasaan dapat berbicara) Bagaimana nak merasai kemanisan dan keindahan kejayaan wahai anak-anakku sekalian? Untuk  merasai manisnya sebuah kejayaan mestilah dengan keinginan dan usaha yang kental dengan membuang jauh-jauh dari kamus kehidupan perasaan dan rasa jemu, malas dan kekecewaan. Tidak sesekali kita berputus asa dan terkecewa dengan diri kita. Jangan sesekali berputus asa setiap kali kegagalan yang menimpa tetapi sentiasalah bangkit walaupun sering terjatuh ibarat anak-anak kecil yang sedang belajar bertatih. Usaha untuk bangkit dan berjalan diteruskan walau tatihnya yang sering jatuh dan tersungkur ke bumi.
Anak—anakku..
 Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah, semoga dengan rasa takutnya kita kepada KepadaNya.. anakn meningkatkan lagi keimanan dan kayakinan bahawa Allah adalahTuhan yang tidak pernah mengecewakan hambanya melainkan dengan hikmah di sebalik apa yang terjadi. Bertawakallah anana-anak muridku sekalian dalam usaha kalian untuk mengapai impian semoga dengan berserah diri kepadaNya dengan sebenar-benar penyerahan akan melembutkan lagi hati kita untuk terus menerima hidayah dan pertolonganNya. Cikgu yakin kalian akan beroleh kejayaan  berkat usaha yang telah kalian dan guru-guru anda lakukan. Bermohonlah kepada Nya kerana hanya Dia yang berkuasa dan berupaya memberikan pertolongan yang sebenar-benarnya kepada hambaNya.

Aklhir sekali cikgu doakan kalian akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan anda lalui esok. Semoga Allah memberikan taufiq, hidayah dan ketenangan dalam menjawab setiap persoalan yang dikemukakan.

Buat rakan-rakan guru, tewrima kasih banyak-banyak kerana memberikan didikan yang sempurnadengan sepenuh hati kepada semua anak-anak didik kita selama ini. Mudah-mudahan mereka mendapat berkat daripada kemuliaan cikgu-cikgu sekelian. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kita ini bukan sahaja kejayaan dalam peperiksaan tetapi kejayaan dalam melalui cabaran hidup di dunia yang mencabar ini. Semoga Allah menempatkan kita dan anak-anak kita bersama-sama orang yang soleh mendapat rahmat Allah dan syafaat Baginda Rasulullah S.A.W. di mahsyar kelak.


Monday 9 September 2013

SELAMAT BERJUANG


PEMBAKAR SEMANGAT

SKTBR 1,9 Isnin- Sehari sebelum menduduki upsr, murid-murid telah diberikan motivasi secara tersirat. Tiga orang guru yang menyambung pengajian di peringkat sarjana telah diperkenalkan kepada murid-murid.
Semoga menjadi suntikan pembakar semngat kepada murid-murid SKTBR 1.
Admin mengucapkan selamat menjawab....

Monday 2 September 2013

TAHNIAH ANAK DIDIK PPKI SKTBR1

MTQ Pendidikan Khas Daerah Hulu Selangor tlh diadakan di SMK Serendah pada 28 Ogos 2013
Muhd Rabbani- Naib Johan tilawah, Nur Atiqah Dini- Johan Hafazan, Muhd Nasrul Hakim- Johan Khat, Nur Afni Oktoviani- Johan Khat dan bercerita kisah nabi.

Friday 30 August 2013

SEMANGAT PETRIOTIK

Pertandingan Mewarna Tahun 1, Sempena Bulan Kemerdekaan.

Monday 26 August 2013

PERHIMPUNAN 26 OGOS 2013

Penghargaan PIBG kepada murid yang mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pihak PIBG menghadiahkan duit sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang telah mewakili sekolah.

Saturday 24 August 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2013 dan Bacathon


Pada 24 Ogos 2013 (Persekolah Ganti)  SKTBR1 telah mengadakan Program "3 in 1" dimana 3 program yang besar diadakan dalam masa satu hari. Program tersebut adalah Program Sambutan Hari Kemerdekaan, Program Jamuan Hari Raya dan Program Bacathon.
Dimulakan dengan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

Friday 23 August 2013

Program sarana ibu bapa


En. Masran memberi motivasi kepada murid-murid di kelas 6B

objektif  program memberi motivasi kepada murid di kelas 6A dan 6B bagi menghadapi UPSR 2013

Thursday 25 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

TARIKH: 24/7/2013
HARI: RABU
MASA: 7.00 - 11.00 MLM
TEMPAT: SKTBR1

Monday 22 July 2013

PELANCARAN HARI PPKI 2013

PELANCARAN PROGRAM HARI PPKI

TEMPAT
TAPAK PERHIMPUNAN SKTBR 1

TARIKH
22 JULAI 2013 (ISNIN)

MASA
7.30 PAGI - 8.30 PAGI

PESERTA

WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1


Wednesday 17 July 2013

Tuesday 16 July 2013

KENALI 1BESTARINET VLE FROG KPM

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia


Di bawah projek ini, 10 000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah persekitaran pembelajaran maya iaitu Frog Virtual Learning Environment untuk pengajaran dan pembelajaran.
Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses platform VLE Frog.



Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran maya atau VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberikan tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah melalui VLE.


Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan Internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Monday 15 July 2013

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK UPSR

Semoga ilmu yg disampaikan hari ini dapat dimanfaatkan oleh anak didik thn 6 ...semoga cemerlang dlm percubaan upsr 16-18 julai.

TAHNIAH DOKTOR MUDA

Tokoh Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Adik Nurin Qistina bt. Zaini
Konvensyen ini telah diadakan pada 2-5 Julai yg bertempat di Stadium Tertutup Nilai , Negeri Sembilan. Penjurian tokoh dr. Muda pula diadakan pada 3 Julai . Semua calon doktor muda amat hebat. Tokoh dr.muda tlh dipilih berdasarkan kriteria tertentu .  Johan telah dimenangi oleh peserta dr Johor .

Friday 12 July 2013

TAHNIAH


Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Selangor
Tarikh:8 Julai 2013
Tempat: SMK KKB
TAHNIAH BUAT ANEESA NADIRA (6A) TEMPAT KETIGA NEGERI SELANGOR

AKAR KELADI MELILIT SELASIH,SELASIH TUMBUH DIHUJUNG TAMAN,KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH,MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...