Saturday 10 November 2012

Thursday 8 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Tarikh                   :              8 November 2012
Hari                      :              Khamis
Masa                    :              8.00 am -  12.00pm
Tempat                 :              Dewan Tan Sri Mustapha Kamal
Perasmi                :              Tan Sri Mustapha Kamal


(A)   PENGENALAN

Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 8hb November 2012.  Majlis anugerah ini bertujuan untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid di dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah Kedua (PKSR 2).  Pada majlis ini juga akan dianugerahkan tokoh murid mengikut kategori masing-masing iaitu Cindur Bestari lelaki dan perempuan, Tokoh Kokurikulum lelaki dan perempuan, Tokoh Nilam tahap satu dan tahap dua, Tokoh PPKI lelaki dan perempuan, Tokoh Asnaf dan Tokoh Harapan ( murid tahap satu sahaja)

(B)   OBJEKTIF

1.       Menghargai dan meraikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.
2.       Menggalakkan murid-murid untuk terus bersaing bagi mendapat keputusan dan kedudukan yang terbaik dalam peperiksaan
3.       Menghargai tokoh kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya.

(C)   RASIONAL

1.       Memberi semangat kepada murid-murid supaya terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2.       Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan kebolahan dan  bakat kepimpinan.
3.       Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan warga SKTBR(1)

(D)   SASARAN

Murid-murid SKTBR(1) yang cemerlang dalam bidang akademik, kepimpinan dan kokurikulum.



Wednesday 31 October 2012

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANAK-KANAK 2012

HARI :     RABU
TARIKH :     31 OKTOBER 2012
MASA :     7.30 PAGI - 6.30 PETANG
TEMPAT :    PERKARANGAN SEKOLAH

PERASMIAN OLEH : PUAN ZALINAH BIINTI ZUBIR (GURU BESAR)


LATAR BELAKANG
Hari Kokurikulum adalah satu acara yang diadakan selepas tamatnya sesi pembelajaran dan pengajaran akademik yang formal iaitu selepas berakhirnya peperiksaan UPSR bagi tahun 6 dan juga PKSR 2 bagi seluruh murid SKTBR1. Ia diharapakan dapat memantapkan lagi minda murid dengan aktiviti-aktiviti bercorak santal. Selain itu ia boleh menggalakkan kehadiran murid ke sekolah pada fasa-fasa terakhir musim persekolahan tahunan.

OBJEKTIF
  • Memupuk semangat bersatu padu bekerja satu kumpulan dalam persatuan-persatuan yang terlibat.
  • Melahirkan murid yang berketerampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
  • menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.

Friday 19 October 2012

Wednesday 10 October 2012

KURSUS VLE-FROG UNTUK BRIGED ICT DAN FROG CHAMPION

TARIKH: 6.10.2012
MASA: 8.30 PAGI - 12.00
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER 1
PENYERTAAN: 33 ORANG PELAJAR

Monday 1 October 2012

PELANCARAN PROMOSI VLE-FROG PERINGKAT SEKOLAH

PELANCARAN PROMOSI VLE-FROG telah dirasmikan oleh Guru Besar Pn Zalinah Bt Zubir.

Monday 17 September 2012

PERKHEMAHAN PERDANA 2012

TARIKH: 14 HINGGA 15 SEPTEMBER 2012
TEMPAT : DI SK TAMAN BUNGA RAYA 1
BILANGAN PENYERTAAN : 123 ORANG


Thursday 6 September 2012

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2012

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2012 Peringkat Sekolah  

Tarikh : 6 September 2012 M
(19 Syawal 1433 1432 H)
Jam : 7.00 - 9.30 Malam
Bertempat di Dataran SKTBR1

"BERUSAHA, MUNAJAT, TAWAKAL MEMBAWA BERKAT"

Aturcara majlis

7.00 mlm - Ketibaan ibu bapa/ penjaga & murid
7.25 mlm - Solat Maghrib      
              - Bacaan Yasin
8.40 mlm - Solat Isyak
- Solat Hajat
                       - Jamuan /Bersurai



KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Thursday 30 August 2012

SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN 2012

TARIKH: 30 OGOS 2012
TEMPAT: SEKITAR SK TAMAN BUNGA RAYA 1
MASA: 740 PAGI

Thursday 16 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012



KEPADA SEMUA WARGA SKTBR1

Sekolah akan bercuti pada 17 Ogos  2012 hingga 26 Ogos 2012
Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012.

PROGRAM KHATAM AL-QURAN 2012

Monday 13 August 2012

PEMBAKAR SEMANGAT

MAJLIS PENYERAHAN WANG SUMBANGAN KEPADA MURID-MURID YANG MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN (MGB).

Friday 10 August 2012

MAJLIS BERBUKA DAN SOLAT TARAWIH


Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Monday 23 July 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR (MGB)

24 JULAI 2012 - 26 JULAI 2012

PELANCARAN BULAN PETRIOTISME 2012


Karnival Sains dan Teknologi

Pada 9 Julai yang lalu bertempat di SK Rasa telah diadakan Karnival Sains dan Teknologi bagi peringkat Daerah Hulu Selangor 2012. Sekolah kita telah mengambil bahagian dalam Saintis Muda , Bercerita dan Eureka Ree. Dalam bercerita sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-4 dari 16 buah sekolah yang menyertai.
Bercerita diwakili oleh Intan Aisyah Syafiqah Bt Salleh. Saintis Muda: Sivaranjini, Anis Afiqah dan Aidil Hakim. Eureka Ree : Nor Zaidi Haron, Khairul Emir, Nor Najah Afiqah dan Nur Haziqah Nadhirah

Wednesday 18 July 2012

Dah bermula..... MERDEKA........ MERDEKA......

Setelah malam tadi di adakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan  oleh PM kita, hari ini bendera-bendera dinaikkan di sekitar sekolah bagi menaikkan semangat Kemerdekaan di kalangan warga sekolah.

Guru-guru menggantungkan bendera malaysia dan bendera negeri

Tuesday 17 July 2012

CAMBRIDGE PLACEMENT TEST

July 17,2012 All English teachers SKTBR1  morning and afternoon sessions have taken the test "cambridge placement test" in the computer lab. Teachers in the morning session starts at 12.30 pm while the afternoon session teachers start at 1.00 pm. The test lasted for half an hour.


Monday 16 July 2012

PENGIKTIRAFAN KEJAYAAN MINGGU INI

Pada 14 dan 15 Julai yang lepas bertempat di Cititel Hotel, Kuala Lumpur telah di langsungkan Kejohanan Catur Antarabangsa KASUGI. Pada tahun ini Malaysia telah menjadi tuan rumah. Seramai 400 orang peserta telah mengambil bahagian. Mereka adalah antara pemain-pemain handalan dunia yang terdiri daripada GM,IM,FM, CM dan sebagainya.

Malaysia telah menghantar 5 peserta dengan 1 pasukan junior bawah 12 tahun yang menggabungkan 4 pemain perempuan iaitu 3 dari  Selangor dan 1 dari Negeri Sembilan. Seorang Pelajar kita ( Noor Ikmal Maisarai bt Mohamad Noor) adalah antara ahli pasukan remaja negara ini. Mereka telah berjaya mengunpul 191/2 mata iaitu 1/2 mata dibelakang Filipina untuk memberikan pingat Perak bawah 12 tahun.

Friday 13 July 2012

PEMANTAUAN PEKA, PAFA, SBOA DAN PLBS

Pada 11 hingga 13 Julai Pemantauan Pentaksir bagi PEKA, PAFA SBOA dan  PLBS untuk UPSR 2012


Mereka datang......kami sambut 
Mereka minta......kami hulur 
Mereka tanya....kami jawab 
Mereka kata bagus....kami  



Tuesday 10 July 2012

PENYERTAAN PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI GURU DAERAH


SUMBANGAN PIBG

Permata seni sktbr1 menerima sumbangan dari YDP PIBG sebagai  galakan dan sokongan  kerana pelajar tersebut akan  ke Dubai  untuk mempersembahkan tarian tradisional Malaysia

ROBOTIK 2012

TARIKH: 4 JULAI 2012
HARI: RABU
TEMPAT; SM TINGGI KLANG
TAHNIAH
 BUAT TEAM GENERO TBRONE..


SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

TARIKH: 10.7.2012
MASA: 7.30 PAGI
TEMPAT; DATARAN PERHIMPUNAN
Jom.... ikut bersenamrobik bersama instructor Pn. Norhayati.

Saturday 7 July 2012

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-9 2012

TARIKH: 7.7.2012
HARI: SABTU
MASA: 7.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT: PADANG SKTBR1

Thursday 5 July 2012

KEJOHANAN SUKAN MINI KALI KE-9 2012

TARIKH: 5.7.2012

HARI: KHAMIS
TEMPAT; PADANG SK TAMAN BUNGA RAYA 1

Saturday 23 June 2012

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4 DAN 5




KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2012 TAHUN 4 DAN 5
TEMA:
“SOLAT CEMERLANG UMMAH TERBILANG”

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)

TARIKH:
23 JUN 2012 (SABTU)

ANJURAN:
UNIT j-QAF DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)

Tuesday 19 June 2012

TAHNIAH BUAT WARGA CILIK SKTBR1 KE PERINGKAT KEBANGSAAN


 Pada 14 April lalu Muhamad Iqmal Mukhrish bin Mohamad Sabri telah mendapat Naib Johan dalan Kejohanan Jemputan Kebangsaan Speed Power Taekwondo Malaysia (WTF) kali ke-10 2012. Kejohanan itu telah diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kluang, Johor.

Tuesday 12 June 2012

PROGRAM PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN DAN GERM BUSTER

SELASA-12 April 2012- Seramai 100 orang peserta dari Kelab Doktor Muda mengikuti  PROGRAM PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN DAN GERM BUSTER. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor
 Ojektif Utama program ini adalah untuk memperkasa dan membudayakan amalan keselamatan makanan yang baik dikalangan pelajar sekolah rendah. Disamping itu juga dapat mengurangkan risiko berlakunya keracunan makanan.

Saturday 26 May 2012

SELAMAT BERCUTI

CUTI PENGGAL PERTAMA BERMULA 26 MEI 2012 HINGGA 10 JUN 2012

Friday 25 May 2012

GOTONG-ROYONG LESTARI ALAM 2012

25 Mei 2012- GOTONG ROYONG LESTARI ALAM 2012- Dianjurkan Jawatankuasa 3K SKTBR1  dengan kerjasama Pertubuhan Amal Seri Sinar. Majlis Perasmian di adakan di Dataran Perhimpunan SKTBR1 dengan perasminya Dato'(Dr) Eadon Ching iaitu Pengasas dan Presiden Pertubuhan Seri Sinar (P.A.S.S). Pihak Pertubuhan tersebut telah menyumbangkan sebanyak 70 pokok hiasan sempena majlis ini.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2012

24 MEI 2012- Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini juga sempena meraikan dan penghargaan Guru Besar SKTBR1 yang telah di nobatkan sebagai Naib Johan  Anugerah Kepimpinan ICT Peringkat Kebangsaan 2012.  

Thursday 24 May 2012

BOWLING HARI GURU SKTBR1 2012

RABU(23 MEI 2012) KELAB GOLF BUKIT BERUNTUNG menjadi saksi bagi perlawanan bowling berpasukan mengikut kategori umur (warga emas, dewasa, junior). seramai 40 orang yang menyertai pertandingan tersebut. Acara berlangsung lebih kurang 4 jam.


Monday 21 May 2012

PELANCARAN KEMPEN ANTI DENGGI 2012

TARIKH: 21 MEI 2012
HARI: ISNIN
MASA: 7.40 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN

Pengenalan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

                          Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam.

                          Mengikut statistik Kementerian  Kesihatan Malaysia, bilangan kes demam denggi di Selangor bagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011 adalah sebanyak 188 kes dengan 1 kematian manakala bagi tempoh 3-9 Julai telah meningkat kepada 448 kes dengan 1 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 16,367 kes dengan 45 kematian.  Angka ini menjadikan Selangor  negeri yang tertinggi mencatat kes denggi  berbanding Johor pada tempat kedua dengan  4406 kes dengan 12 kematian.

Saturday 19 May 2012

KBS TAHUN 2 DAN 3 2012

Kem Bestari Solat
Tarikh: 19 mei 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun Dua dan Tiga dapat mengambil wudhu’ dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah diri serta akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
Ø  Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Ø  Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Ø  Merapatkan Ukhuwwah Islamiyah di kalangan pelajar dan guru.

Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia


Tuesday 15 May 2012

SKTBR1 ON AIR

Tanggal 15 Mei 2012 SKTBR1 telah didatangi oleh pihak RTM. Kedatangan RTM adalah bertujuan untuk membuat sesi pengambaran sempena Perayaan Hari Guru tahun ini. Rakaman ini akan di tayangkan pada malam esok iaitu 16 Mei 2012 jam 10 malam . Jadi sesiapa yang ingin mengikuti siaran tersebut sila berada di depan tv masing-masing.


Saturday 12 May 2012

TAHNIAH..... PASUKAN BOLA BALING ELIT

KEJOHANAN BOLA BALING MSS SELANGOR 2012
TARIKH : 7 DAN 8 MEI 2012
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP KUALA SELANGOR
PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA
Fadli , Hasrul dan Amirul  bakat dari SKTBR1 yang mengharumkan nama sekolah di apit oleh cikgu Suhaimi dan Cikgu Aziz  sebagai jurulatih

Monday 30 April 2012

KEMPEN DERMA BUKU

Kempen menderma buku bagi Perpustakaan Mini Surau SKTBR1
Majlis di kendalikan oleh GPM SKTBR1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...