Showing posts with label panitia agama islam. Show all posts
Showing posts with label panitia agama islam. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

KBS TAHUN 2 DAN 3 2012

Kem Bestari Solat
Tarikh: 19 mei 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat. Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara khususnya, program  ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim Tahun Dua dan Tiga dapat mengambil wudhu’ dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi perbuatan, perkataan, tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui program ini juga diharap dapat membentuk sahsiah diri serta akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan para peserta kem.

OBJEKTIF
Ø  Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
Ø  Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
Ø  Merapatkan Ukhuwwah Islamiyah di kalangan pelajar dan guru.

Merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia


Monday, 13 February 2012

Minggu Panitia Pendidikan Agama Islam dan Pelancaran Blog Panitia Agama Islam & jQaf

TARIKH: 13 FEBRUARI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN
ANJURAN: PANITIA AGAMA ISLAM

Makluman lanjut sila layari blog Panitia Agama Islam dan jQaf:


Friday, 3 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

TARIKH: 3 FEBRUARI 2012
HARI : JUMAAT
TEMA: “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...