Wednesday 24 April 2013

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING ELIT

KEJOHANAN BOLA BALING RENDAH PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2013
PADA 24 DAN 25 APRIL
BERTEMPAT DI SK KALUMPANG
PASUKAN LELAKI MENDAPAT TEMPAT KETIGA

Monday 22 April 2013

Pelancaran Ponteng dan Lewat '0'


Program Peningkatan Disiplin    
 Ke Arah Salah Laku Sifar

DEFINISI

                Ponteng sekolah ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar.  Ia membawa maksud tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah seperti surat doktor atau surat oleh pihak ibu bapa / penjaga yang telah ditandatangani dengan sah oleh ibu bapa atau penjaga.
                Ponteng kelas pula ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran guru.  Ia membawa maksud pelajar lambat masuk ke kelas untuk mengikuti P & P, keluar kelas tanpa kebenaran guru, tidak menghadiri kelas pada masa tertentu tanpa alasan yang kukuh dan munasabah atau pulang / keluar dari kawasan / premis sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah.

Monday 15 April 2013

PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER & PEMBUGARAN NILAM

OBJEKTIF
1. Mewujudkan murid-murid sekolah ini , yang menjadikan pusat Sumber sebagai gedung ilmu ke arah pembentukan sahsiah diri, keterampilan dan membantu pencapaian akademik yang cemerlang.
2. Menggalakan warga sekolah menjana idea kreatif dan inovatif melalui amalan tabiat membaca.
3. Menarik minat guru dan murid menggunakan Pusat Sumber untuk mencari maklumat.
4. Menjalankan pembugaran NILAM peringkat sekolah , seterusnya menggalakan Program NILAM.
5. Melahirkan insan yang celik ilmu dan ingin mempertingkatkan diri dalam pendidikan.
6. Membantu dan memperkasakan MBMMBI.




Tahniah Pasukan Bola Jaring, Bola Sepak dan Atlit Olahraga PPKI

Pasukan Bola Jaring ( Ke-3 daerah)

PENGHARGAAN PIBG

PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 memberi penghargaan kepada murid-murid SKTBR1 yang telah mewakili sekolah ke peringkat Negeri dan Kebangsaan. Penghargaan ini adalah sebagai penyuntik semangat kepada warga SKTBR1 untuk terus berdaya saing sehingga ke peringkat yang tertinggi.

Tuesday 9 April 2013

APRIL BIRTHDAY

Semoga panjang umur dalam keberkatan dan perlindunganNya.Dimurahkan rezeki serta kasih sayang yang berpanjangan.Jalinan ikatan ukhwah yang terpahat kenangan abadi di sanubari.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh dihujung taman
;kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
SELAMAT HARI LAHIR APRIL

Monday 8 April 2013

TAHNIAH TEN PIN BOLING ELIT


Pada 3 April 2013 yang lalu, telahberlangsungKejohanan Ten Pin Boling MSSD  daerahHulu Selangor. Ianyatelahdiadakan di Wangsa Bowl, Selayang Mall.Sebanyak6  buahsekolahrendahtelahmengambilbahagianiaitu : SKTBR 1 , SKBB 1 , SKBB 2, SKBS , SKBSB dan SK Kg SB.
Alhamdulillah, SKTRB 1 telahmenjadi Johan Keseluruhanuntuktahun 2013.Sekolahkitajugatelahmemenangibeberapakategori ,antaranyaialah JOHAN BERPASUKAN LELAKI DAN PEREMPUAN, NAIB JOHAN INDIVIDU LELAKI DAN PEREMPUAN , KETIGA DAN KEEMPAT INDIVIDU PEREMPUAN.
Nama-namapemain yang terlibatialah :
PasukanLelaki :Haikal Daniel FitriMohdHagitar ( Naib Johan Individu )
MohdSyafieSyahmiMohdFaizu
AimanIskandarZulkarnain
AlifAfwan Abdul Halim
Badrishah( KategoriIndividu )
PasukanPerempuan :NurDiyanaBatrisyaMohdFaizu ( Naib Johan Individu )
SyazaRaihanaMohdRadzi( KetigaIndividu )
NurulAtiqahMohdSuhaili( Keempatindividu )
Damia Adriana MohdSaad
Semua pemenang kategori individu layak untuk mewakili daerah keperingkat negeri yang akan diadakan pada bulan Mei …. TAHNIAH untuk semua pemain.Tidak lupa juga untuksemuai bubapa yang turut memberi sokongan dan komitmen yang sangat tinggi untuk kejayaan anak-anak…TERIMA KASIH

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG DAN PROGRAM SALAM

Tarikh: 8 April 2013 (pelancaran)
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran perhimpunan
Anjuran unit bimbingan dan kaunseling
Matlamat
* membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifat
kepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah
* menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan.
* menjanakan kecemerlangan sekolah melalui budaya salam yang ditintut oleh agama.

Objektif
* mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah.
* menginsafi bahawa insan yang berjaya bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dengan akhlak yang mulia.
* melahirkan murid yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

Sunday 7 April 2013

Tahniah Pasukan Elit Badminton

Kejohanan Badminton MSSD 2013.4-5 April 2013.Dewan SK Bukit Sentosa. Mendapat tempat ke-2 Keseluruhan.-Naib johan single perempuan, Nuralia bt Ariffin, tempat ke 3 single perempuan-Fatin Syuhaidah bt Mohd Pavira..naib johan beregu perempuan-Nuralia bt Ariffin dan Hani Melissa Teh

SEKITAR PEMBUGARAN VLE-FROG 2013


KONVENSYEN DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2013




TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA SKTBR1 DAN SEMUA YANG MENDOKONG DAN MENYOKONG DEMI KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK KITA.


Monday 1 April 2013

Tahniah Maisarah dan Andi

Zainor Ikmal Maisarah telah mendapat tempat ke -3 dalam Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 23-30 Mac 2013.


Andy Nur Ain Nabila Izzati Husna bt Ahmad terpilih ke perkhemahan perdana peringkat kebangsaan pada 11-18 April 2013 di Kuantan Pahang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...