Tuesday 21 January 2014

PERASMIAN PROGRAM TRANSFORMASI DIRI TAHUN 6 2014

PROGRAM TRANFORMASI DIRI (PTD)
TAHUN EMPAT, LIMA  DAN ENAM 2014
PENDAHULUAN
Program Tranformasi Diri (PTD) merupakan satu agenda pengemblengan daya usaha dan kekuatan tekad warga pendidik ke arah mentransformasikan potensi murid dalam meralisasikan cita-cita murni untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berketrampilan diri aspek rohani, akademik, sahsiah, kepimpinan, minda, emosi dan jasmani. Program ini melibatkan semua guru yang akan membantu, membimbing, mengajar serta memberi sokongan dengan mengilap potensi sedia ada supaya berkembang dan maju meliputi hal-hal akademik, emosi dan perkembangan sahsiah diri.
RASIONAL
Setiap insan dilahirkan dengan fitrah dan potensi diri yang menjurus ke arah kebaikan dan berteraskan ketuhanan. Justeru, keimanan diibaratkan sebagai akar tunjang yang mencengam kukuh bagi memastikan sesepohon pokok teguh berdiri, keilmuan pula ibarat cahaya yang menerangi kegelapan manakala pengalaman  dan penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian merupakan natijah dari keakinan bahawa murid-murid sekolah mampu berkembang dan membentuk peribadi dan wawasan diri untuk meghadapi cabaran menuju kejayaan. Pada akhir program diharap murid akan :
Membina keyakinan diri dalam menhadapi sebarang masalah dalam pembelajaran
Memberikan pendedahan tentang gaya berfikir secar kritis dan beraras tinggi (KBAT)
Membantu dan membimbing murid agar menjadi seorang yang taat kepada tuhan dan berakhlak mulia
Menyebarluaskan jati diri unggul dan membentuk insan yang berdisiplin.
Membudayakan hubungan mesra di antara murid dan guru dan kakitangan sekolah.
SASARAN
Semua murid dan guru mengikut  tahun 4, 5 dan 6                                                                                                                              
      PELAKSANAAN
      Tahun 6:  ( 21-23 Januari 2014)
Tahun 5: (28 – 29 Januari 2014 )
Tahun 4 (11-12 Februari 2014)


PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

Friday 10 January 2014

LAMPIRAN B BANTUAN RM100.00

LAMPIRAN B BANTUAN RM100.00


ARAHAN 
1.SILA DOWNLOAD FAIL DI ATAS
2. SILA MASUKKAN NAMA MURID SEPERTI DALAM SIJIL KELAHIRAN. 
3. KELAYAKAN MURID WARGANEGARA MALAYSIA. BAGI MURID BUKAN WARGANEGARA SALAH SEORANG IBU/BAPA/PENJAGA MESTILAH WARGANEGARA MALAYSIA.
4. JANGAN UBAH FORMAT. IKUT FORMAT YG DIBERIKAN.
5. CETAK BORANG YANG SUDAH SIAP DI ISI NAMA MURID DAN SERAH KEPADA PN JAMAIAH.

SILA HANTAR SELEWAT-LEWAT PADA 13.01.2014 (ISNIN) SEBELUMJAM 10.00 PAGI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...