Monday 16 July 2012

PENGIKTIRAFAN KEJAYAAN MINGGU INI

Pada 14 dan 15 Julai yang lepas bertempat di Cititel Hotel, Kuala Lumpur telah di langsungkan Kejohanan Catur Antarabangsa KASUGI. Pada tahun ini Malaysia telah menjadi tuan rumah. Seramai 400 orang peserta telah mengambil bahagian. Mereka adalah antara pemain-pemain handalan dunia yang terdiri daripada GM,IM,FM, CM dan sebagainya.

Malaysia telah menghantar 5 peserta dengan 1 pasukan junior bawah 12 tahun yang menggabungkan 4 pemain perempuan iaitu 3 dari  Selangor dan 1 dari Negeri Sembilan. Seorang Pelajar kita ( Noor Ikmal Maisarai bt Mohamad Noor) adalah antara ahli pasukan remaja negara ini. Mereka telah berjaya mengunpul 191/2 mata iaitu 1/2 mata dibelakang Filipina untuk memberikan pingat Perak bawah 12 tahun.
Peserta Perkhemahan Alam Sekitar 1 murid bagi murid sekolah rendah
di Kem Ko Kurikulum Sepang
Peserta Perkhemahan Pengakap 2012. seramai 9 orang murid telah dihantar  ke  Pusat Latihan Pertanian  Kalumpang, Hulu Selangor.
Seorang dari salah seorang peserta kita telah mendapat sijil Lencana Perak iaitu Muhamad Haikal Hakimi Azman dan yang lain sijil lencana gangsa.
Rangkaian 4X200 lelaki perempuan tahun 5
Mereka ini telah mendapat Naib Johan bagi  acara Jemputan di Temasya sukan Tahunan Bukit Beruntung pada 15 Julai 2012 (Ahad). Peserta  lelaki terdiri daripada Syariman, Syahmi, Shafizuddin dan Shazlan Manakala bagi pasukan perempuan terdiri daripada Kayamboo, Nursyazana, Dania dan Hidayah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...