Tuesday 21 February 2012

LAWATAN KERJA PEGAWAI KHAS TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

20 Februari - Isnin . SK Taman Bunga Raya 1  buat julung kalinya menerima lawatan daripada En Shashim Shah Bin Harun, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Lawatan mengejut  ini sebenarnya En. Shashim Shah Bin Harun turut menyampaikan suntikan motivasi kepada pelajar tahun 6 yang bakal mengambil UPSR tahun ini. Sesi motivasi ini adalah program yang dahulunya disarankan oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail iaitu Program Menjentik Minda. Di kesempatan ini juga, pertemuan kongsi bicara bersama semua guru tahun 6  turut diadakan. Banyak maklumat dan inspirasi baru yang disampaikan. Bukan semata makluman, tetapi suntikan inspirasi semangat kerja yang amat mengujakan. Semua warga TABURA amat menghargai lawatan ini dan diharap perkongsian ini dapat diteruskan pada masa akan datang







Motivasi untuk murid




















Motivasi dan suntukan semangat kepada guru SKTBR1



Bisikan semangat untuk pelajar yang bermasalah 

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...