Monday 22 July 2013

PELANCARAN HARI PPKI 2013

PELANCARAN PROGRAM HARI PPKI

TEMPAT
TAPAK PERHIMPUNAN SKTBR 1

TARIKH
22 JULAI 2013 (ISNIN)

MASA
7.30 PAGI - 8.30 PAGI

PESERTA

WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1


1.0         PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi adalah satu program yang menempatkan murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis masalah dan ketidakupayaan. Sebagai contoh masalah Autisma, Hiperaktif, Masalah Pembelajaran, Cerebral Palsi dan masalah tingkah laku. Justeru itu, pendekatan pengajaran yang dijalankan juga berbeza dengan murid di aliran perdana. Kebanyakan daripada warga masyarakat serta warga sekolah masih cetek ilmunya mengenai apa itu Pendidikan Khas. Program seperti ini masih asing dalam kalangan warga sekolah termasuklah guru-guru sekolah. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar.


 Justeru itu, guru–guru pelatih program Internship telah bercadang untuk mengadakan satu program iaitu Program Hari Pendidikan Khas. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada warga sekolah khususnya mengenai apa itu Pendidikan Khas. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diisi selepas sahaja hari pelancaran dirasmikan oleh guru besar sekolah. Aktiviti–aktiviti yang bakal dijalankan ini melibatkan sepenuhnya daripada murid Pendidikan Khas. Diharapkan agar program yang bakal diadakan ini dapat berjalan dengan lancar dan membawa manfaat kepada semua. 


1.0         OBJEKTIF
Aktiviti yang dirancangkan ini diharapkan dapat :-
1.1         membantu murid-murid berkeperluan khas dalam meningkatkan perkembangan psikologi dan psikomotor
1.2         mendedahkan murid-murid PPKI dengan dunia luar
1.3         membantu murid-murid berkeperluan khas untuk berdikari dan percaya kepada keupayaan diri sendiri
1.4         menggalakkan interaksi sosial yang sihat di antara murid-murid
1.5         mendidik murid-murid bekeperluan khas agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri
1.6         menimbulkan keseronokan dan pengalaman baru kepada murid-murid bekeperluan khas
1.7         menggalakkan penglibatan masyarakat dalam institusi murid-murid Pendidikan khas

2.0         SASARAN

Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1)  (Rujuk Lampiran 1)





























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...