Thursday 12 September 2013

Buatlah Yang Terbaik

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan IzinNya maka kita berpeluang menikmati kehidupan yang seindah ini. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, Puan Zalinah binti Zubir kerana mengadakan majlis motivasi dan meraikan buat kami graduan di peringkat sarjana (Hasmadi, Norhayati dan Wan Mazni). Terima kasih juga tidak ketinggalan buat rakan-rakan guru dan staf yang banyak memberikan sokongan dan semangat sepanjang kami melalui proses pendidikan di UPSI dan dalam menjayakan misi ke arah pendidikan untuk sepanjang hayat.
Disini saya ingin coretkan motivasi, ingatan dan nasihat buat anak-anak didik dan rakan-rakan mengambil iktibar dan pengajaran daripada ungakapan hadis  “Agama itu adalah nasihat”. Menuntut ilmu merupakan tuntutan dan fardu ain yang perlu dilunaskan oleh setiap kita yang bergelar mukallaf iaitu orang yang waras dan nsihat dari segi akal dan pemikiranya. Sebagaimana tuntutan wahyu yang pertama “Iqra” yang mengisyaratkan agar setiap insane dituntut untuk memiliki ilmu pengetahuan melalui proses pendidikan yang mana setiap dari kita perlu menuntut ilmu dalam system yang telah disyariatkan oleh Allah Taala iaitu belajar mestilah dengan berguru kepada yang lebih berpengetahuan walaupun ia seorang kanak-kanak kecil. Kenapa kita dituntut sedemikian? Walaupun proses mencari ilmu dikatakan sudah maju dan tiada sempadanya semenjak ujudnya kemajuan teknologi terutamannya ICT. Tuntutan ini dibuat bagi meluruskan perjalanan dalam menimba ilmu dan mentafsir pengetahuan untuk menghindarkan diri kita dari terlibat dengan pentafsiran dan penjelasan yang boleh menyesatkan atau berlaku kesilapan. Berguru atau memiliki guru dalam mencari ilmu pengetahuan adalah sunnah dalam kehidupan.
Anak-anak murid cikgu..
Kejayaan dalam mengapai sesuatu impian  (berjaya dalam sesuatu perkara) merupakan saat manis dan sangat indah dalam setiap tingkat kehidupan. (keseronokan yang sukar digambarkan dengan perkataan melainkan jika perasaan dapat berbicara) Bagaimana nak merasai kemanisan dan keindahan kejayaan wahai anak-anakku sekalian? Untuk  merasai manisnya sebuah kejayaan mestilah dengan keinginan dan usaha yang kental dengan membuang jauh-jauh dari kamus kehidupan perasaan dan rasa jemu, malas dan kekecewaan. Tidak sesekali kita berputus asa dan terkecewa dengan diri kita. Jangan sesekali berputus asa setiap kali kegagalan yang menimpa tetapi sentiasalah bangkit walaupun sering terjatuh ibarat anak-anak kecil yang sedang belajar bertatih. Usaha untuk bangkit dan berjalan diteruskan walau tatihnya yang sering jatuh dan tersungkur ke bumi.
Anak—anakku..
 Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah, semoga dengan rasa takutnya kita kepada KepadaNya.. anakn meningkatkan lagi keimanan dan kayakinan bahawa Allah adalahTuhan yang tidak pernah mengecewakan hambanya melainkan dengan hikmah di sebalik apa yang terjadi. Bertawakallah anana-anak muridku sekalian dalam usaha kalian untuk mengapai impian semoga dengan berserah diri kepadaNya dengan sebenar-benar penyerahan akan melembutkan lagi hati kita untuk terus menerima hidayah dan pertolonganNya. Cikgu yakin kalian akan beroleh kejayaan  berkat usaha yang telah kalian dan guru-guru anda lakukan. Bermohonlah kepada Nya kerana hanya Dia yang berkuasa dan berupaya memberikan pertolongan yang sebenar-benarnya kepada hambaNya.

Aklhir sekali cikgu doakan kalian akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan anda lalui esok. Semoga Allah memberikan taufiq, hidayah dan ketenangan dalam menjawab setiap persoalan yang dikemukakan.

Buat rakan-rakan guru, tewrima kasih banyak-banyak kerana memberikan didikan yang sempurnadengan sepenuh hati kepada semua anak-anak didik kita selama ini. Mudah-mudahan mereka mendapat berkat daripada kemuliaan cikgu-cikgu sekelian. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kita ini bukan sahaja kejayaan dalam peperiksaan tetapi kejayaan dalam melalui cabaran hidup di dunia yang mencabar ini. Semoga Allah menempatkan kita dan anak-anak kita bersama-sama orang yang soleh mendapat rahmat Allah dan syafaat Baginda Rasulullah S.A.W. di mahsyar kelak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...