DAPATKAN ID VLE DISINI

Thursday, 29 December 2016

PENUTUPAN KEDAI BUKU SEHINGGA 30 DISEMBER 2016

MEMO PENUTUPAN YANG DILEKATKAN OLEH PENGUSAHA KEDAI BUKU.


MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA SK TAMAN BUNGA RAYA (1),

PIHAK SEKOLAH TELAH DIBERITAHU OLEH PENGUSAHA KEDAI BUKU BAHAWA PEMBEKAL BUKU TULIS MASIH GAGAL MENGHANTAR PESANAN BUKU-BUKU TULIS YANG TELAH DIBUATNYA.  INI MENYEBABKAN KEDAI BUKU TELAH KEHABISAN KESEMUA STOK LAMA DI DALAM SIMPANANNYA.

PENGUSAHA KEDAI BUKU MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG KEDAI BUKU AKAN BEROPERASI SEMULA PADA HARI SABTU, 31 DISEMBER 2016.

PIHAK SEKOLAH BERASA AMAT KESAL AKAN PERKARA INI SEHINGGA MENYEBABKAN RAMAI IBU BAPA YANG TERPAKSA PULANG BEGITU SAHAJA KERANA KEDAI BUKU TERPAKSA DITUTUP SEJAK SEMALAM.  

SEMUA GURU TELAH MAKLUM AKAN PERKARA INI DAN KETIDAKADAAN BUKU TULIS PADA MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TIDAK AKAN MENGANGGU PROSES P&P.

SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI DAN KAMI AKAN MEMASTIKAN PERKARA SEBEGINI TIDAK AKAN BERLAKU PADA MASA AKAN DATANG.


GURU BESAR,
SK TAMAN BUNGA RAYA (1).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...