Thursday 4 April 2019

HARI KESEDARAN AUTISME

Hari Kesedaran Autisme Sedunia, World Autism Awareness Day disambut pada setiap 2 April setiap tahun untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit Autisme.
Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar Autisme.
Mari sama-sama kita sebarkan sikap keprihatinan dan sokongan terhadap anak-anak istimewa ini dengan memakai baju berwarna biru muda.
#sebarkankesedaran
#taburappkiprihatin







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...