Monday 2 April 2012

PROGRAM MANTOR-MANTEE 2012

Program mentor – mentee ini merupakan salah satu daripada elemen penjagaan yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk parent substitute kepada murid – murid. Tujuan program ini ialah untuk mewujudkan beberapa hubungan di mana merangkumi hubungan di antara murid yang dikenali sebagai mentee manakala guru dikenali sebagai mentor. Antara hubungan mentor – mentee ialah :-
1.       Hubungan mentor – mentee sebagai ibu bapa angkat dengan anak angkat
2.       Hubungan murid dengan murid dalam kumpulan mentor – mentee
3.       Hubungan mentor dengan ibu bapa murid
4.       Hubungan mentor dengan guru bimbingan dan kaunseling
5.       Hubungan mentor dengan guru kelas/ guru mata pelajaran mentee-mentee


Organisasi
Melalui program ini, murid-murid dibahagikan kepada murid yang terdiri daripada dua hingga lapan orang murid. Kumpulan ini terdiri daripada murid yang sama atau berbeza latar belakang dan prestasi akademiknya. Ia dibimbing oleh seorang guru sebagai mentor. Guru inilah yang menjadi ibu atau bapa angkat kepada kumpulan murid tersebut sepanjang persekolahan di sini. Tegasnya, mentor inilah yang akan mengambil alih tugas ibu/bapa murid berkenaan semasa mereka berada di sekolah ini. Pertemuan dirancangkan dengan tarikh-tarikh ditetapkan sebagai panduan perbincangan semasa pertemuan rasmi itu.


Objektif
Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah :
1.       Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada murid – murid, demi kemajuan dalam bidang akademik.
2.       Membimbing dan menunjuk ajar pelajar supaya menjadi pelajar yang bermotivasi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi
3.       Merapatkan hubungan antara guru dan murid
4.       Merapatkan hubungan antar murid dengan murid
5.       Merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa murid
6.       Membantu menyelesaikan  masalah murid seperti masalah pelajaran dan sahsiah
7.       Melatih murid menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisplin, mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik
8.       Memberi pengetahuan mengenai bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut bidang – bidang tertentu sesuai dengan potensi murid-murid

Bidang tugas mentor
Anatar bidang tugas seorang mentor kepada mentee-menteenya adalah :-
1.       Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-menteenya.
2.       Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat semasa perjumpaan
3.       Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-menteenya
4.       Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran dan kumpulan pelajar
5.       Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan mengawasi kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangn mentee-menteenya
6.       Mengadakan perjumpaan sekerap mungkin dan laporan hendaklah diserahkan kepada guru-guru di Unit Bimbingan dan kaunseling (UP: Zainal Abidin Bin Md Nor)
7.       Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya.
8.       Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai maklumat tertentu contohnya kes-kes serius yang mungkin akan membahayakan diri mentee dan orang lain

Tanggungjawab Mentor
Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee – mentee di bawah jagaaannya semasa menjalankan sesi kelompok. Antaranya ialah:-
1.       Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan perjumpaan kelompok itu. Semasa menegndalikan perjumpaan kelompok, kedudukan menteee berbentuk bulatan face to face.
2.       Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk yang ditetapkan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman semasa sesi berlangsung.
3.       Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan mencukupi. Ini penting bagi proses yang berterusandan sesi untuk akan datang
4.       Wujudkan setting climate berbentuk keberanian, keterbukaan, kemesraan sehingga denagn sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung mendorong mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi dalam kemahiran berkomunikasi
5.       Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai, bertanggungjawab, berpengetahuan dan menepati masa.
6.       Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang dipraktikan dan dibincangkan.
7.       Sentisa menginagtkan matlamat program perjumpaan, mengaitkan teori/prngrtahuan pengalaman mentor mentee.
8.       Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee supaya dengan itu mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna setiap kali tamat sesi perjumpaan
9.       Sentiasa sensitive dan peka terhdapwujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir
10.   Seharusnya enjoy himself, dimana mentee mempelajari sesuatu dan mendapat manfaat daripada program ini.
11.   Menggalak dan mewujudkan situasi dimana mentee-mentee berinteraksi secara dinamik dan mengelakkan mentor berperanan sebagai taklimat.
12.   Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan menjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak diri

















































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...