Monday 22 April 2013

Pelancaran Ponteng dan Lewat '0'


Program Peningkatan Disiplin    
 Ke Arah Salah Laku Sifar

DEFINISI

                Ponteng sekolah ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar.  Ia membawa maksud tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah seperti surat doktor atau surat oleh pihak ibu bapa / penjaga yang telah ditandatangani dengan sah oleh ibu bapa atau penjaga.
                Ponteng kelas pula ditakrifkan sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran guru.  Ia membawa maksud pelajar lambat masuk ke kelas untuk mengikuti P & P, keluar kelas tanpa kebenaran guru, tidak menghadiri kelas pada masa tertentu tanpa alasan yang kukuh dan munasabah atau pulang / keluar dari kawasan / premis sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah.


MATLAMAT

Menangani masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas yang berleluasa di kalangan murid bagi merealisasikan misi SK Taman Bunga Raya (1)  sebagai sebuah sekolah selamat dan terunggul di Hulu Selangor.

OBJEKTIF

1.        95% murid hadir penuh setahun.
2.        0% murid ponteng kelas sepanjang tahun.
3.        Memupuk jati diri dan sikap bertanggungjawab dikalangan murid terhadap diri sendiri, ibu bapa, sekolah, agama dan bangsa.
4.        Meningkatkan kesedaran kendiri terhadap murid tentang betapa pentingnya hadir ke sekolah untuk mendapat ilmu dan kemahiran.
5.        Meningkatkan disiplin murid untuk mencapai tahap salah laku sifar.
6.        Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis dan kondusif bagi menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
7.        Meningkatkan peratus prestasi akademik dan penglibatan murid dalam semua aktiviti sekolah.

PERANAN GURU/ SEKOLAH

·         Guru Besar//PK HEM memberi taklimat kepada guru tentang prosedur menangani masalah ponteng sekolah.
·         Guru kelas diwajibkan melengkap & mengemaskini maklumat diri murid dalam jadual kedatangan.
·         Guru kelas dikehendaki  menanda kehadiran murid   setiap hari di dalam kelas sebelum sesi pembelajaran bermula.  Bagi sesi petang persekolahan, semua murid dikumpulkan di kantin sekolah sebelum kelas bermula dan guru kelas dikehendaki mencatat kehadiran mereka.  Sekiranya guru kelas tidak hadir ketua/penolong ketua kelas atau pengawas diminta mengambil kedatangan murid.
·         Guru kelas dikehendaki menyimpan semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/penjaga dan surat keluar kawasan sekolah dengan baik di dalam fail yang dibekalkan.  Surat-surat tersebut disusun mengikut tarikh & bulan.
·         Bagi menangani kes ponteng kelas, guru mata pelajaran perlu merekod kehadiran murid dalam kelas semasa P & P dijalankan dan lain-lain  maklumat berkaitan dalam Buku Kawalan Disiplin Kelas.  Ketua/penolong ketua kelas akan menghantar Buku Kawalan Disiplin Kelas selepas waktu persekolahan kepada guru disiplin.
·         Guru kelas melaporkan kes pelajar yang kerap ponteng kepada PK HEM atau Penyelia Petang mengikut tatacara yang telah ditetapkan.


PERANAN MURID

·         Mempunyai cita-cita dan jati diri yang tinggi.
·         Menyedari akan kepentingan hadir ke sekolah dan bersikap positif terhadap pelajaran.


·         Mendisiplinkan diri masing-msing agar hadir ke sekolah  pada setiap hari persekolahan.  Sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab yang munasabah, hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan.
·         Tidak mementingkan HIBURAN daripada pelajaran.
·         Mempunyai kemahiran belajar, pelajar digalakkan berjumpa guru mata pelajaran atau kaunselor sekiranya perlu kaedah/teknik berkenaan.
·         Mendisiplinkan diri agar bangun awal supaya tidak lambat ke sekolah.
·         Menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru pada waktu yang telah ditetapkan.
·         Tidak mengambil kesempatan daripada keadaan suasana yang buruk seperti hujan dan sebagainya.
·         Menjaga kesihatan dengan baik.

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

·         Memastikan anak hadir ke sekolah setiap hari persekolahan.
·         Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah.
·         Memberi perhatian kepada anak dalam semua aspek dan menerapkan nilai murni serta ajaran agama.
·         Mewujudkan interaksi yang baik sesama ahli keluarga.
·         Membina institusi keluarga yang kukuh dan harmoni.
·         Mengenalpasti rakan sebaya anak dan pengisian masa lapang mereka.
·         Menghubungi pihak sekolah sama ada guru kelas, guru disiplin, guru mata pelajaran atau PK HEM untuk membuat pemantauan atau ‘spot check’ terhadap kehadiran anak-anak ke sekolah atau masalah yang lain yang berkaitan..
·         Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
·         Menghadiri mesyuarat PIBG dan memberi kerjasama serta sokongan sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang dirancang.

·         Menerima kelemahan diri anak serta berusaha untuk memperbaikinya.
·         Bekerjasama dengan masyarakat setempat atau ibu bapa yang lain untuk memantau keadaan persekitaran dan melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapat murid ponteng.

KEBURUKAN PONTENG

·         Menjejaskan prestasi kurikulum dan kokurikulum murid.
·         Membentuk sikap negatif dan imej diri yang buruk seperti tidak bertanggungjawab, suka berbohong, berdolak dalik, penentang/melawan dan lain-lain.
·         Memupuk budaya negatif seperti mengamalkan budaya lepak dan membazir masa dengan sewenang-wenangnya.
·         Mendorong/mendedahkan murid kepada salah laku yang lebih serius seperti terlibat dengan perbuatan jenayah, kumpulan samseng dan penyalahgunaan dadah.
·         Kes ponteng yang serius boleh membawa kepada KECICIRAN.

ELAKKAN TABIAT SUKA PONTENG

·         Bersikap positif terhadap pelajaran.  Sedar tentang kepentingan ilmu & kemahiran.
·         Menanam minat untuk belajar dan mempunyai cita-cita.
·         Membuat persediaan dari segi emosi, mental dan fizikal.
·         Senantiasa menjaga kesihatan diri.
·         Berhati-hati memilih kawan.  Tidak bergaul dengan rakan yang suka ponteng, mempunyai masalah disiplin yang lain atau yang tidak bersekolah.
·         Menghargai masa dan membuat pengurusan masa dengan baik dan terancang.



























































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...