DAPATKAN ID VLE DISINI

Wednesday, 22 February 2017

JOHAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER CEMERLANG 2016










Alhamdulillah, pada hari ini 22 Februari 2017 bertempat di SMK Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Bangi Selangor; SK Taman Bunga Raya (1) telah menukilkan sejarah apabila muncul penerima Johan Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang Sekolah Rendah Negeri Selangor 2017.  Hadiah anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim, Pengarah Pendidikan Selangor kepada Guru Besar dan En. Che Muhammad (Penyelaras Bestari).  Anugerah ini adalah bersempena Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan 2016 dan Pelancaran Hari Nilam Selangor.

Johan 2016, alhamdulillah milik kita.

Guru Besar mewakili Team Makmal ICT VLE

Kejayaan ini adalah merupakan rentetan kejayaan pada tahun 2015 yang mana pada masa itu sekolah kita hanya mampu berada di tahap naib johan negeri.  Hasil kerjasama mantap pasukan pengurusan komputer yang diterajui oleh En. Che Muhammad, En. Norhasmadi, Pn. Zailany dan Pn. Norhafiza serta dibantu oleh pasukan PKG Sungai Choh yang diketuai oleh Pn. Hjh. Zainon dan En. Shukor. Dalam kesempatan ini juga pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan PPD Hulu Selangor, JK PIBG Sekolah serta Bapa Angkat Kurikulum SKTBR1; Dato' Aminuddin (Dinastia Jati Sdn. Bhd.) yang sentiasa membantu pihak sekolah sehingga kami berada di kedudukan ini.
Dewan tempat berlangsungnya penyampaian anugerah.

Terima kasih serta tahniah pasukan pengurusan komputer sekolah.

Wajah girang Penyelaras Bestari...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...