Friday 10 February 2017

KENANG KAMI DALAM DOAMU

Tarikh 6 Februari 2017 dan tanggal 12 Januari 2017 adalah merupakan dua tarikh yang akan sentiasa terpahat di catatan sejarah sekolah ini. Pada tarikh tersebut Pn. A'liya binti Mohd. Jalaluddin dan En. Zaini bin Mad Lazin mula meninggalkan sekolah ini bagi meneruskan agenda perkhidmatan sebagai Guru Besar.  

Majlis bacaan Yassin sempena pertukaran mereka berdua.

         Pn. A'liya yang telah berkhidmat sebagai Penolong Kanan HEM di sekolah ini ditawarkan untuk menjadi Guru Besar SK Kuala Kubu Baharu bagi menggantikan Guru Besar sedia ada yang meneruskan khidmat di SK Batang Kali.

Ucapan kepada murid-murid

          Manakala, En. Mohd. Zaini yang merupakan antara guru perintis sekolah telah ditawarkan menjadi Guru Besar SK Seri Keledang bagi menggantikan Guru Besar sedia ada yang bertukar ke SK Bukit Beruntung.  En. Zaini merupakan guru yang sinonim dengan bidang kokurikulum pernah menjawat jawatan Penolong Kanan Kokurikulum dan jawatan akhirnya di sekolah ini ini adalah merupakan Penolong Kanan Petang.

Kenangan manis En. Zaini bersama-sama En. Hadi.

          Semoga kedua-dua penolong kanan yang kami kasihi ini akan terus berjaya dengan cemerlang di tempat baharu serta jangan lupakan kami di SK Taman Bunga Raya (1).

Anak yang ditinggalkan...

          Sentiasa ingat slogan kita; " SKTBR1 Di Hatiku" .

Tanda mata daripada Unit SPBT...

Tengok tangan Cikgu Zaini !!!!

Dapat gula-gula daripada staf swasta pembersihan...

Hadiah daripada JK Pengurusan Tertinggi.

Siapa paling kacak ?

Rakan baik yang ditinggalkan...

Amanat akhir daripada PK HEM SKTBR1

"Kepada Team Maskulin, jangan lupa jamuan untuk saya ya..."

Terima cenderamata daripada guru kesayangan ...

Amanat akhir buat anak-anak petang.

Cenderamata daripada guru-guru sesi petang.

Hadiah lagi....

Dan hadiah lagi....

Dan lagi....



Nampak gaya macam beg Bonia...

Yang belakang tetap nak interframe ....



Semoga Allah memberkati guru besar yang baru dilantik.

Bacaan Yassin juga buat arwah ayah Cikgu Khuzaimah. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...